Ana De Armas Berlatih 9 Bulan Untuk Jayakan Watak Marilyn Monroe
Untuk melakonkan watak popular seperti Marilyn Monroe, bukan wajah sahaja yang dititik berat, malah suara juga perlu serasi. Dan ini cabaran terbesar buat Ana De Armas.
Pelakon kelahiran Cuba ini mendedahkan kepada The Sunday Times bahawa dia menghabiskan banyak masa berlatih untuk memastikan ton suaranya tinggi, mirip suara Manroe untuk filem terbaharu berjudul Blonde.
“Saya cuba sedaya upaya! Namun berjaya hanya selepas sembilan bulan setelah mendapat bimbingan dialek, berlatih, dan beberapa sesi penggantian dialog automatik,” jelasnya.
“Ia satu penyeksaan, sangat memenatkan. Saya sangat tertekan.”
Dalam Blonde yang berdasarkan novel tahun 2000 oleh Joyce Carol Oates, De Armas memainkan watak Monroe yang menjadi bintang ternama di Hollywood atas penglibatannya dalam filem 50-an seperti Gentlemen Prefer Blondes, The Seven Year Itch dan Some Like It Hot.
Dengan wajah memukau dan gaya ikonik, dia menjadi legenda di Hollywood sehinggalah ditemui mati pada 1962 pada usia 36 tahun.
Michelle Williams merupakan pelakon terakhir yang membawa watak Monroe dalam filem berjudul My Week with Marilyn pada 2011. Dia turut mendapat pencalonan Oscar untuk peranan ini. Dalam satu wawancara bersama Deadline, dia berkongsi pengalaman meniru nada suara legenda itu.
“Ketika menonton segala gerak-gerinya dalam filem, saya melihat dia bereksperimen dan membentuk persona Marilyn Monroe dari semasa ke semasa,” katanya mengenai Monroe, atau nama sebenarnya Norma Jeane.
“Suaranya jauh lebih rendah di awal pembabitan, sedikit gemersik, sedikit seksi. Ia berubah menjadi lebih tinggi dan lantang seiring perkembangan personanya. Saya dapat lihat dengan jelas bagaimana ia berkembang, jadi saya mengikuti jejaknya. Ia juga memberi saya keberanian: Ia tidak muncul secara semula jadi buat dirinya, jadi saya tidak mengharap ia datang secara semula jadi kepada diri saya juga,” ujarnya.
Filem Blonde akan disiarkan di Netflix pada akhir tahun ini.
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
