DATIN X: Puan Sri Gila Berlian, Habis Barang Kemas Peninggalan Isteri Pertama Dikebas! - Glam Malaysia
DATIN X

DATIN X: Puan Sri Gila Berlian, Habis Barang Kemas Peninggalan Isteri Pertama Dikebas!

Tidak sabar, Puan Sri sanggup malu dicerca dari menunggu lama untuk mendapatkan gelaran baru yang dipuja-puja.

Orang kata, kubur masih lagi merah si duda sudah gila bayang mahu kahwin baru. Satu Malaysia mengata isteri baru Tan Sri Sazaly. Yang si suami satu hal la, tapi mana malunya si isteri yang tidak sedar diri dan tidak mampu tahan nafsu? Datin X faham, cinta tidak boleh dipaksa apatah lagi ditangguh tetapi inikan melibatkan kematian seseorang, mana hilang hormat kepada si mati? Lagi-lagi teman baik sendiri?

Mungkin sudah lama Puan Sri Laila mengidam untuk jadi isteri Tan Sri Sazaly langsung mendapat gelaran yang diidam-idamkan. Asyik menempel tak sudah-sudah di setiap majlis keramaian keluarga Tan Sri Sazaly and arwah Puan Sri Juju dahulu. Orang yang melihat naik meluat. Gossip meliar tentang perangai buruk Puan Sri Laila ni. ‘Baik ada makna’ —inilah yang selalu Datin X dengar tentang dirinya.

Ramai yang mengata, antaranya dia dicop perempuan tak tahu malu, gila harta, hati kering dan sanggup lakukan apa sahaja demi kepentingan diri dan kemahuan hati. Punya anak bukannya satu tetapi lima orang bersama suami yang terdahulu, Puan Sri Laila nekad mahu berpisah dan fokus kepada menjadi bini muda Tan Sri Sazaly.

See also
JLo Sahkan Perhubungan Dengan Ben Affleck Menerusi Satu Foto Intim

Kamali seorang suami yang baik orangnya. Nak dijadikan cerita ada seorang teman Datin X ni, satu tempat kerja dengan Kamali. Kamali sering bercerita tentang masalah rumah tangga yang dialami sebelum mereka membawa haluan masing-masing. Sanggup Puan Sri Laila meninggalkan mereka anak beranak hanya mahu beramah mesra dengan keluarga Tan Sri Sazaly. Menurut Kamali, dia sudah berasa hairan dan tertanya- tanya namun dia mungkin hal kerja jadi dia bersikap positif. Siapa sangka ada udang di sebalik batu, kan?

Dua atau tiga bulan sebelum peninggalan Puan Sri Juju, mereka berdua sah bercerai. Lebih rancaklah dia berkunjung ke kediaman Tan Sri Sazaly dengan alasan mahu melawat Puan Sri Juju. Kala anak-anak Tan Sri Sazaly sudah panas punggung melihat kemersraan
dan betapa akrab bapa mereka dengan Puan Sri Laila namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana segala fokus diberikan kepada ibu mereka yang sedang tenat.

Setelah perginya Puan Sri Laila, rutin yang sama masih berjalan seperti biasa. Tan Sri makin mesra disampingnya dan nampaknya taktik kotornya menjadi. Anak-anak sudah boleh meneka ada sesuatu antara mereka. Lebih meloyakan apabila, salah seorang anaknya bercerita kepada Datin X tentang tindak tanduknya agar Tan Sri Sazaly terus menerus gila bayang.

“Setiap kali datang ke rumah, dia akan bawa masakan dari rumah. Katanya itu air tangannya dan Abah makan hingga menjilat jari!,” kata anak yang kedua.

Pautan berkaitan: Datin X: Datin Sri Sorok Cucu Di Luar Negara

See also
10 Berlian Paling Mahal Di Dunia

Anak yang bongsu pula bercerita, “Ada satu majlis ni, dia tunggu di luar tandas sambil memegang tuala. Layanannya memang first-class dan tiada tandingan!” Siapa yang dapat mengelak daripada jatuh cinta jika diberi perhatian dan layanan seumpama ini?

Artikel sepenuhnya di dalam GLAM JUN/JULAI 2022

Ilustrasi: Hidayah Ahmad Surasa