Datin X: Datin Sri Sorok Cucu Di Luar Negara - Glam Malaysia
Datin X: Datin Sri Sorok Cucu Di Luar Negara

Datin X: Datin Sri Sorok Cucu Di Luar Negara

Anak daranya hamil, tetapi sayang mahu gugurkan cucu lantas dihantar bayi itu membesar di luar negara.

Selalunya, setiap hari Khamis pada hujung bulan Datin Nur adalah orang paling sibuk sekali. Semua wanita berpangkat VIP di Damansara akan datang ke rumahnya. Dalam undangan rasmi, hadir ke rumah Datin Nur sebab mahu menghadiri kelas keugamaan. Tetapi kami semua tahu, acara khamis di rumah agam 15 bilik milik Datin Nur itu adalah hari buatnya menunjuk-nunjuk. Ada satu hari, dia buat kelas sirah Islam di laman, sambil dibiarkan merak putih pemberian istana negara jiran berkeliaran. Langsung VIP yang datang tak fokus mendengar sirah keagungan Siti Khadijah. “Ada lima ekor merak putih. Setiap satu buat cucu-cucu kesayangan I!” kongsi Datin Nur. Saya pun ambil peluang bergambar dengan buruk megah ini. Nak tunjuk kepada suami, mahu satu juga! Tak boleh kalah dengan Datin Nur!

Tapi sejak dua tiga bulan ni, tiada undangan yang diterima. Mula-mula ingatkan Datin X sudah tidak tersenarai dalam golongan VIP si Datin Nur. Lantas, Datin X bertanya kepada jiran tetangga, mana menghilang Datin Nur? “Datin, you tak tahu ceritakah? Datin Nur dah terbang ke Ireland!” kiriman WhatsApp dibalas oleh Datin Paduka Zarina. Terus telefon berdering, suara Datin Paduka Zarina bercakap dalam bisik-bisik, bercerita tentang apa berlaku di dalam rumah besar atas bukit Damansara itu. Aduh, kita selalunya tengok dan dengar kisah ini jauh dari keliling tetapi boleh drama ini berlaku dengan kawan sendiri.

“Nur bawa anak dara dia balik Ireland, sudah tiga bulan di sana. Sebab mahu tutup kes anak dara dia yang sedang mengandung. Sudah masuk lima bulan rasanya,” bisik Zarina lagi.

Datin X pun terus buka Instagram, sebab anak dara Datin Nur itu memang cantik. Juga, cukup popular di Instagram. Dia ini kiranya macam influencer lah! Bukannya pelakon atau penyanyi, tapi pengikutnya beratus ribu juga. “Datin Paduka, habis kosong Instagram milik Aminah ini. Mana semua gambar-gambar dia,” kongsi saya dalam perbualan penuh rahsia itu. Kalau tidak Aminah akan sentiasa upload kehidupannya
di Instagram. Datin X pun suka melihat Instagram milik Aminah, kaki sibuk! Sempat saya kira-kira umur Aminah, dia sebaya dengan anak sulung saya atau setahun muda darinya. Tak sampai 20 tahun mungkin, sudah pandai melayan lelaki! Kisahnya Aminah ini sudah bunting lima bulan. Jika sebulan dua masih boleh rahsiakan. Tapi dah masuk lima bulan, badan pun semakin menunjuk. Itu sebab dilarikan ke Ireland.

See also
Angelina Jolie Dedah Impak Perceraian Terhadap Kerjayanya

Pautan berkaitan: Datin X: Wanita Simpanan Bawa Watak Isteri Pertama

“Datin Nur tak tahu nak lari ke mana. Dia menelefon Datuk Jerry I untuk sewa his private plane. Sebab itulah kami serumah tahu. Kan Jerry now keluar dengan my sister,” Zarina berkongsi dengan nada sinis. Sebab dia tahu yang Jerry itu kaki perempuan. Datin X hanya mampu tersenyum di hujung telefon. Ialah, sebab watak yang dibawa oleh Datin Nur yang kononnya dia ini warak. Satu keluarga bertudung litup. Suka adakan majlis keugamaan. Bawa anak yatim keliling Kuala Lumpur. Tetapi anak dalam rumah masih tidak dapat dikawal. Ada juga rasa kasihan pada Datin Nur. Sebab jika semua benda itu dilakukan dengan sejujurnya, besarlah dugaan yang diturunkan pada bahunya melalui anak daranya yang sorang itu. Datin X tabik hormat juga pada Datin Nur sebab tidak menyuruh Aminah gugurkan kandungan. Cuma yang menjadi persoalan seterusnya, mana si budak lelaki yang membuntingkan Aminah?

Artikel sepenuhnya di dalam GLAM MEI 2022

See also
Datin X : Tebus Talak Berjuta

Ilustrasi: Hidayah Ahmad Surasa