Natasha Hudson Bakal Timang Anak Keempat - Glam Malaysia
Natasha Hudson Bakal Timang Anak Keempat

Natasha Hudson Bakal Timang Anak Keempat

Selepas lebih setahun kembali bergelar isteri, Natasha Hudson mendedahkan dia kini sedang berbadan dua.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Natasha memaklumkan kandungannya kini sudah memasuki trimester kedua. Walaupun hampir sarat, aktres Chermin itu mengakui dia masih aktif melakukan sukan luncur air.

“Jika ada yang tertanya-tanya saya kembali surfing ketika trimester kedua ini, saya sebenarnya tidak terfikir boleh jadi sekuat ini.

Natasha Hudson

Foto: CARI

Menjadi kuat adalah keperluan untuk semua ibu mengandung. Sebenarnya agak sukar untuk melakukannya dengan keadaan perut sebegini. Namun, saya mampu lakukannya dengan mudah.”

Bintang berusia 41 tahun ini berkata, ia tidak sukar buatnya kerana tahu teknik yang betul untuk wanita hamil. Malah katanya dia akan kekal aktif sama seperti kehamilan sebelum ini.

“Sukan lasak sangat baik dan memberikan ketenangan. Saya sangat aktif sewaktu hamil tiga anak yang lain dan akan terus aktif untuk kehamilan kali ini sehingga bersalin,” tambahnya. Natasha dan suaminya, Muhamad Harits Jasmin kini menetap di Langkawi.

See also
GLAM Profil: Anne Rajasaikaran

Natasha Hudson Impi Hamil Lagi

Dalam satu temu bual pada awal tahun, pemilik nama Natasha Liana Hudson ini berkata dia memasang impian untuk memiliki cahaya mata daripada perkahwinan kelima ini. Bagaimanapun akuinya, dia dan suami mahu menstabilkan kewangan terlebih dahulu.

“Kami ada berbincang dan saya selalu usik suami, tetapi kami tidak merancang. Kami tidak mahu pada awal perkahwinan sebab fokus kepada kestabilan keluarga, maknanya sumber pendapatan kena stabil dahulu.

“Jadi saya beritahu suami, mungkin pada tahun kedua. Tetapi tidak boleh terlalu lambat sebab usia semakin bertambah. Macam suami, dia tak kisah. Jika tiada pun tidak mengapa. Namun jika ada sudah tentu kami bersyukur,” katanya, menurut Berita Harian.

Natasha Hudson

Foto: Facebook

Natasha dan Harits disatukan sebagai suami isteri pada 28 Mac 2022 dalam satu majlis sederhana di Masjid Al Umm, Bandar Baru Bangi, Selangor. Hasil perkahwinan terdahulu, Natasha dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Neesa Helen, Naeema Kalila dan Faatimah.

 

Foto: Kosmo

See also
3 Pin Protes Yang Digayakan Selebriti Di Oscar 2024

Baca: Gaun Putih Natasha Hudson Cetus Kontroversi, Rizman Buka Mulut