fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
5 Buku Terbaru untuk Dibaca pada Mac 2025
Nick Cannon Pilih Nama Unik Buat Anak Kelapan
Peluncuran DIOR Cruise 2022, Sambil Bersantai di DIOR Café Pertama di Kuala Lumpur
Memaksa Diri Untuk Positif Boleh Memudaratkan Kesihatan Mental?
Bintang Parasite, Park So Dam Didiagnos Menghidap Kanser
Home > Gaya Hidup > Aksesori Istimewa Samsung Galaxy Z Flip3 5G Bersama Disney

Aksesori Istimewa Samsung Galaxy Z Flip3 5G Bersama Disney

Samsung dan Disney berkolaborasi untuk koleksi aksesori eksklusif buat telefon pintar Galaxy Z Flip3 5G yang diinspirasikan daripada Marvel, Star Wars, The Simpsons dan National Geographic.

Telefon pintar kini menjadi simbol gaya moden yang sendiri, lebih-lebih lagi dengan seleksi aksesori pelengkap yang serba unik. Dalam memberikan kelainan kepada pengguna, Samsung dan Disney bersatu dalam mempersembahkan koleksi aksesori eksklusif buat telefon pintar Galaxy Z Flip3 5G yang diinspirasikan daripada Marvel, Star Wars, The Simpsons dan National Geographic.

Cukup menyeronokan, kolaborasi antara dua label gergasi ini menampilkan ikon, logo dan juga karakter-karakter yang terus menjadi kegemaran ramai, sebagai aksesori unik buat Samsung Galaxy Z Flip3 5G. Pilihan sksesori ini meneruskan visi selaku gajet yang bold dan trendy, menggabungkan gaya dan fungsi untuk menyerlahkan personaliti pengguna.

Bukan sahaja kelihatan uber cool, seleksi aksesori Disney ini juga menjanjikan perlindungan yang diperlukan oleh telefon pintar anda. Setiap desain dihasilkan dengan cukup teliti untuk memberikan fungsi perlindungan dan keselesaan tambahan. Antaranya, aksesori tali silikon yang akan memberikan genggaman tambahan dalam desain Disney, Marvel atau juga National Geographic.

Buat peminat Star Wars, koleksi kolaborasi eksklusif ini boleh didapati pada pilihan bekas telefon dengan tali silikon, lanyard, serta pek pelekat. Juga hadir dengan desain istimewa kartun popular, The Simpsons.

Dengan setiap pembelian aksesori terpilih, pengguna akan mendapat satu pek pelekat dengan desain eksklusif yang boleh digunakan untuk menghiasi bekas telefon pintar anda. Koleksi kolaborasi istimewa ini boleh didapati secara eksklusif di stor maya Samsung Malaysia.

Foto: Samsung Malaysia

Baca lebih lanjut: Alami Pengalaman Bak Lady Gaga Di Villa Balbiano Daripada House of Gucci