Peluncuran DIOR Cruise 2022, Sambil Bersantai di DIOR Café Pertama di Kuala Lumpur
DIOR HADIRKAN PENGALAMAN BARU BAGI PECINTA FESYEN, DENGAN KAFE NYAMAN SERTA BERBAGAI HIDANGAN LAZAT YANG EKSKLUSIF. BERGABUNG DENGAN ‘POP-UP’ ISTIMEWA KOLEKSI CRUISE 2022 DIOR.
Dior Café membuka pintunya di Colony Star Boulevard serba eksklusif di Kuala Lumpur menambahkan dirinya untuk menjadi destinasi tujuan yang wajib di datangi warga kota. Yang dapat dinikmati dengan hidangan yang lazat, destinasi terbaik bagi warga kota yang ingin mencari pelarian dari ibu kota ke alam Dior dengan nuansa yang elegan.

Dior Café yang dianjurkan selama lima hari ini, pernah berlabuh di beberapa kota utama sebelum Kuala Lumpur, seperti Singapura.
Dekorasi yang memiliki gaya indah dengan ditemani eksterior klasik bernuansa putih dan krim, sinonim dengan identiti Dior. Pengalaman menjamu selera di Dior Café dapat menemukan interior moden yang memberikan kehangatan yang digabungkan dengan sentuhan parisian chic yang memesona.
Pengalaman menyenangkan di Dior Café bertambah, apabila kafe berbentuk pop-up ini, turut menawarkan suasana berjamu di lokasi ‘rooftop’ Colony Star Boulevard. Menikmati dengan hidangan kelas pertama dipertemukan panorama indah Kuala Lumpur.
Dior Café memberikan pengalaman baharu yang akan dinikmati para tamu. Seluruh dekorasinya menggarap inspirasi dari keindahan dan elegansi koleksi Cruise 2022 Dior rekaan Maria Grazia Chiuri.
Dimulai dari berbagai hidangan lazat hingga selebrasi koleksi Cruise 2022 yang dipamerkan buat tatapan pengunjung, sambil itu membeli-belah yang memberikan suasana lebih intim. Dari rekaan ready-to-wear, ke tas tangan dan sepatu sehinggalah beg yang menjadi fokus utama untuk Cruise 2022, iaitu beg East-West Bobby dalam variasi rona.
Chef Raymond Tham telah bergabung dengan keluarga Dior Café untuk menawarkan berbagai penglaman kuliner Greek dengan rangkaian hidangan yang mengagumkan.
Dior Café di Kuala Lumpur bertambah hangat dengan kehadiran kelompok selebriti tempatan pada hari pertama seperti Siti Saleha, Scha Al Yahya, Daiyan Trisha, Dayang Nurfaizah, Neelofa dan Diana Danielle. Diana Danille muncul sebagai muse fesyen Dior, merakam pengalamannya menerokai Dior Café sambil mendekati koleksi Cruise 2022 sempena acara yang berlangsung dalam masa yang terhad ini.
Artikel berkaitan: Beg Dior: Ini Lima Yang Wajib Anda Miliki
Artikel Berkaitan
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.




