Related Stories
Alami Pengalaman Bak Lady Gaga Di Villa Balbiano Daripada House of Gucci
Villa Balbiano yang menjadi lokasi penggambaran filem ‘House of Gucci’ lakonan Lady Gaga, kini dibuka kepada pengunjung bertuah hanya untuk satu malam di Airbnb.
Buat peminat, peluang keemasan untuk melawat set penggambaran filem kegemaran mereka pasti tidak akan dilepaskan. Lebih-lebih lagi jika filem tersebut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Lady Gaga, Adam Driver, Jared Leto dan juga Salma Hayek. Kini, Airbnb akan membuka peluang kepada pengunjung untuk tinggal di Villa Balbiano yang menjadi lokasi penggambaran filem hangat ‘House of Gucci’.

Hanya untuk satu malam sahaja, pengunjung akan dibawa menyusuri era 90an yang penuh dengan kemewahan persis pengalaman yang dirasai sendiri oleh barisan pelakon ‘House of Gucci’. Sebuah permata Itali, Villa Balbiano menjadi lokasi kediaman keluarga Aldo Gucci di dalam filem tersebut, dan bakal ditayangkan awal tahun 2022 di Malaysia.

Antara kediaman yang terbesar di Lake Como, Villa Balbiano menampilkan 6 suit mewah yang ekstravaganza. Ia turut dilengkapi dengan taman yang menerima sentuhan daripada British Society of Garden Designers.

Pemilik vila ikonik ini akan menawarkan pengalaman untuk hanya satu malam pada 30 Mac 2022 melalui Airbnb kepada seorang pengunjung bersama seorang tetamu sahaja, Mereka akan bermalam di suit utama, selain berpeluang untuk menikmati kemudahan nan mewah lain, termasuklah ruang penginapan di empat aras pertama, kolam renang luar, jeti persendirian dan juga rumah bot.


Villa Balbiano boleh ditempah melalui Airbnb pada 7 Disember 2021 pada jam 1 a.m. waktu Malaysia dengan hanya €1,000 atau RM4,780.24.

‘House of Gucci’ diinspirasikan daripada kisah sebenar di sebalik keluarga yang mengasaskan rumah fesyen Itali itu. Ia mengisahkan tentang Patrizia Reggiani lakonan Lady Gaga yang berkahwin dengan ahli keluarga Gucci, yang telah dijatuhkan hukuman penjara selepas terlibat dalam pembunuhan bekas suaminya, Maurizio Gucci. Selain Lady Gaga, file mini turut dibintangi oleh Adam Driver, Jared Leto, Jeremy Irons, Jack Huston, Salma Hayek dan Al Pacino.
Foto: Airbnb Malaysia
Baca lebih lanjut: Nespresso Dan Johanna Ortiz Mengabadikan Unsur Alam Untuk Musim Perayaan
Artikel Berkaitan
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pasangan Makin Dingin? Ini Cara Hangatkan Hubungan Semula
Pilihan Bacaan Seterusnya
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
