DoubleTree By Hilton Putrajaya Kini Di Mula Beroperasi

DoubleTree By Hilton Putrajaya Lakeside Lancar Residensi Seni Untuk Artis Kontemporari Malaysia

Doubletree By Hilton Putrajaya Lakeside kini dibuka serta melancarkan DoubleTree Studio Residency untuk para artis kontemporari Malaysia langsung menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk anda sekeluarga!

Gambar atas: Artis Kontemprari DoubleTree Studio Residency, Fadzril Fakaruddin

DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside dengan bangganya memperkenalkan DoubleTree Studio Residency. Mereka bakal menempatkan tiga artis kontemporari berbakat dari Segaris Art Center, iaitu Fadzril Fakaruddin, Haziq Syawal juga Syahmi Jamaluddin. Anda berpeluang untuk menyaksikan karya seni mereka yang akan dipersembahkan sewaktu Seni Weekend DoubleTreeby Hilton Putrajaya Lakeside yang yang dijadualkan bermula pada 12 Ogos 2023. Matlamat utama kolaborasi ini adalah bertujuan bagi menyokong para seniman tempatan dalam memperaksikan warisan budaya negara. Mengikuti panggilan terbuka oleh Segaris Art Center, tiga seniman dipilih untuk mengambil bahagian dalam program studio residensi selama empat bulan di DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside ini.

Di sini, para seniman kontemporari terpilih ini akan berpeluang untuk menikmati akses eksklusif  ke seluruh bahagian hotel, arkib, material juga menerima tunjuk ajar daripada pakar seni tempatan demi mempertingkatkan lagi perkembangan artistik mereka ini. Minggu Seni ini telahpun bermula 12 Ogos 2023 yang lalu, dan setiap minggu, orang awam yang menetap di sini boleh menyertai bengkel seni serta sesi interaktif bersama mereka ini.

See also
Perkahwinan Siti Saleha Menemui Titik Noktah

DoubleTree By Hilton Putrajaya Lakeside

Bukan itu sahaja, buat pengetahuan semua, DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside turut mengumumkan bangunan hotelnya yang telah siap diperbaharui, sekaligus memperkenalkan pengalaman ‘The Malaysian Experience.’ Pencapaian ini mengukuhkan lagi kedudukan hotel ini sebagai destinasi utama untuk menghayati kekayaan budaya Malaysia. Menerapkan denyut nadi budaya Malaysia yang cukup memukau, DoubleTree by Hilton PutrajayaLakeside menampilkan gabungan seni bina bercirikan pelbagai budaya. Maka, DoubleTree Studio Residency turut bakal meningkatkan daya tarikan hotel ini dalam mencipta suasana terbaik untuk buat anda yang mencari pengalaman kebudayaan Malaysia asli.

 

DoubleTree By Hilton Putrajaya Lakeside

Kiri ke kanan: Jamie Mead, Senior Director of Operations-South East Asia, Dato’ Kamil Khalid Ariff, Chairman of Putrajaya Holdings, Datuk Md Shah Mahmood, Group CEO of KLCC Holdings, Zena Khan, Art Curator/Researcher, Aisyah Ahmad, General Manager of Segaris, Ian Barrow, General Manager of DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, DoubleTree Studio Residency Artists – Syahimi Jamaluddin, Haziq Syawal dan Fadzril Fakaruddin, Daniel Alcaraz, Area General Manager

 

See also
Kardashian Inspirasi Di Sebalik Tiga Beradik Featherington Dalam Bridgerton

“DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside ditubuhkan bertujuan untuk memberi para tetamu sebuah pemahaman dan pengalaman yang komprehensif dalam meraikan intipati budaya dan identiti asli Malaysia. Kami turut menerapkan pendekatan ini pada elemen hotel yang sedia ada, seperti di empat sayap utama hotel–bercirikan budaya Melayu, Cina, India, dan Borneo. Di mana kami turut mengutarakan ciri-ciri unik dan seiring dengan lima tiang asas hotel tersebut iaitu Budaya, Makanan, Keluarga, MICE, dan Kesejahteraan. Pendekatan ini dapat memberi pengalaman penginapan tetamu lebih bermakna, sekaligus membantu kami mencapai matlamat kami,” kata Jamie Mead, Pengarah Kanan Operasi Asia Tenggara.