5 Selebriti Wanita Yang Merangkul Rekod Dunia - Glam Malaysia

5 Selebriti Wanita Yang Merangkul Rekod Dunia

Barisan personaliti ini cukup berbakat dalam bidang seni, sehingga berjaya menempatkan nama dalam Guinness World Record. Siapa yang tersenarai?

BEYONCE

beyonce coachella
Foto: Kevin Mazur/Getty Images for Coachella

BeyoncĂ© memegang rekod untuk Anugerah Grammy paling banyak dimenangi oleh artis wanita dalam masa setahun, juga pencalonan MTV Video Music Award paling banyak untuk video. Dia juga memegang rekod 79 pencalonan Grammy, kebanyakannya untuk artis wanita, dan memenangi 24 daripadanya.

BETTY WHITE

2012 betty white
Foto: Brian To/Getty Images for The Lifeline Program

Rekod untuk penghibur wanita dengan perjalanan kerjaya paling lama dipegang oleh Betty White. Memulakan kerjaya pada 1939, dia telah berlakon selama lebih 80 tahun antaranya dalam rancangan The Golden Girls, They Mary Tyler Moore Show dan The Carol Burnett Show.

ARIANA GRANDE

ariana grande
Foto: Evan Agostini/Invision/AP

Pada April 2019, Ariana Grande mengalahkan Selena Gomez sebagai wanita dengan pengikut paling ramai di Instagram. Dia mempunyai lebih 185 juta pengikut. Namun itu bukan satu-satunya rekod yang dipegangnya. Grande juga mempunyai lagu paling banyak dimainkan dalam masa seminggu oleh artis wanita di Billboard Charts untuk lagu Thank U, Next dan paling banyak dimainkan di Spotify dalam masa setahun oleh penyanyi wanita untuk lagu 7 Rings.

See also
Golden Bull 'Mengganas' Di Pavilion KL

JENNIFER LAWRENCE

jennifer lawrence
Foto: Dimitrios Kambouris/Getty Images

Lawrence tersenarai dalam buku Guinness World Records pada 2016 kerana menjadi pelakon wanita aksi dengan pendapatan tertinggi. Dia meraih gelaran ini selepas kejayaan besar dalam filem bersiri Hunger Games dan X-men.

VANNA WHITE

Vanna White
Foto: Associated Press

Pengacara bersama Wheel of Fortune ini memegang rekod sebagai clapper terbanyak, selepas berjaya menepuk tangan kira-kira 3,721,446 kali sepanjang 32 musim penyiaran rancangan itu. Menurut Guinness World Records, dia menepuk sebanyak 606 kali untuk setiap rancangan.

Foto: Erik Pendzich/REX/Shutterstock

Baca: Blue Ivy dan Stormi Webster Antara Anak Selebriti Terkaya Di Dunia?