Related Stories
Cara Meningkatkan Rasa Kekitaan dan Kesejahteraan
Penasihat Kesihatan & Kesejahteraan di Chiva-Som dan Zulal Wellness Resort, berkongsi cara perhubungan menggalakkan kesihatan dan mengekalkan perhubungan walaupun dalam talian!
Penasihat kesihatan & Kesejahteraan di Chiva-som dan Zulal Wellness Resort berkongsikan kebaikan bersosial dan bagaimana untuk kekal connected semasa Covid-19 dan jarak jauh. Manusia adalah makhluk sosial secara semula jadi. Hubungan sosial nampaknya memainkan peranan penting dalam menjalani kehidupan yang lebih lama dan lebih sihat. Setiap orang yang kita berinteraksi adalah ahli rangkaian sosial kita. Namun mencari masa untuk membina, meningkatkan dan mengekalkan hubungan sosial nampaknya semakin sukar, dengan tekanan di tempat kerja, di rumah, dan kini disebabkan oleh COVID-19.

Hubungan sosial seperti merasakan sebahagian daripada sesuatu yang lebih besar daripada diri kita, berasa rapat dan connected dengan orang lain, berasa difahami. Kualiti hubungan sosial kita juga penting, sejauh mana kita melibatkan diri dengan orang yang penting dan menyokong dalam kehidupan kita dengan cara yang meningkatkan rasa kekitaan dan kesejahteraan kita.
Sukanya Koonpon, Penasihat Kesihatan & Kesejahteraan di Chiva-Som Hua Hin mengkongsikan penglibatan diri dan mengambil bahagian dalam aktiviti sosial telah terbukti memberikan manfaat kesihatan:
KESIHATAN MENTAL
- Peningkatan perasaan kekitaan dan tujuan, harga diri yang lebih tinggi dan lebih empati terhadap orang lain, lebih yakin, bekerjasama dan terbuka untuk mempercayai orang lain
- Lebih gembira hasil daripada pembebasan oksitosin, “hormon cinta”, dan serotonin, “hormon gembira”
- Daya tahan yang lebih tinggi terhadap tekanan, tahap kebimbangan yang lebih rendah dan kemurungan yang berkurangan
- Meningkatkan daya ingatan dan kemahiran kognitif
KESIHATAN FIZIKAL
- Meningkatkan motivasi untuk menjaga diri dan tingkah laku positif
- Memperbaiki tabiat makan dan senaman, rehat dan kualiti tidur
- Menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular akibat mood yang dipertingkatkan
KEIMUNITI
- Tahap hormon tekanan yang lebih rendah dan keradangan kronik
- Pemulihan yang lebih cepat daripada penyakit fizikal dan pandangan positif
- Memanjangkan umur
Artikel Berkenaan: Memaksa Diri Untuk Positif Boleh Memudaratkan Kesihatan Mental?
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
