Kesihatan Masa kini Bersama Jam Tangan Samsung Galaxy
Daripada kualiti tidur hingga latihan kardio, ketahui bagaimana Samsung Galaxy Watch terbaharu mengoptimumkan prestasi dan gaya hidup sihat anda dengan AI.
Hari ini, kemewahan sebenar diterjemahkan menerusi kualiti hidup yang seimbang, minda yang tenang, dan tubuh yang sihat. Memahami aspirasi individu moden yang mementingkan status dan kesejahteraan, Samsung Electronics baru-baru ini mengumumkan kemas kini besar-besaran untuk aplikasi Samsung Health. Langkah ini bakal mentransformasikan siri Galaxy Watch akan datang daripada sekadar jam tangan pintar, menjadi rakan kesihatan proaktif yang dipandu teknologi AI yang cukup sofistikated. Bagi mereka yang sentiasa sibuk dengan jadual kerjaya, perniagaan, dan sosial yang padat, kesihatan sering kali menjadi perkara kedua. Namun, evolusi terbaharu daripada Samsung ini menterjemahkan data biometrik yang kompleks menjadi panduan harian yang sangat mudah difahami.
Kehebatan Isyarat Bio-Pintar

Antara fungsi paling mencuri tumpuan ialah Vitals. Bayangkan setiap kali anda bangun daripada tidur, ciri ini akan menganalisis lima isyarat biologi utama, kadar degupan jantung, kebolehubahan kadar jantung, kadar pernafasan, suhu kulit, dan tahap oksigen darah. Hebatnya, ia hanya akan menghantar notifikasi jika mengesan perubahan ketara yang memerlukan perhatian anda. Tiada lagi lambakan amaran yang menjengkelkan, sekali gus memastikan pagi anda bermula dengan penuh ketenangan.


Buat peminat aktiviti kecergasan yang mementingkan kesihatan kardio, fungsi Heart Health Score dan Daily Cardio Load hadir sebagai pelengkap gaya hidup aktif. Ia bukan sekadar mengira langkah, malah mengira beban kardiovaskular untuk menyarankan sasaran latihan optimal. Tiada istilah burnout atau kecederaan, hanya sesi senaman pintar yang disesuaikan khusus mengikut kapasiti tubuh anda.
Estetika Baharu yang Sleek dan Intuitif
Melihat kepada reka letak aplikasi Samsung Health yang dikemas kini, ia kini dibahagikan kepada lima pilar teras yang sangat kemas, Tidur, Aktiviti, Nutrisi, Minda, dan Isyarat. Reka bentuk skrin utama yang dikemas kini membolehkan anda melihat tip kesejahteraan harian bersama Energy Score berasaskan AI sepintas lalu. Malah, fungsi seperti Antioxidant Index dan Hearing Health turut ditambah bagi memastikan perlindungan menyeluruh, termasuk memantau bunyi persekitaran ketika anda sedang melayan playlist kegemaran sewaktu bersenam.
Tawaran Eksklusif Jun Ini
Miliki seutas jam tangan pintar premium yang bukan sahaja melengkapkan penampilan harian anda, malah menjaga kesejahteraan anda secara menyeluruh. Sempena pelancaran ini, Samsung Malaysia menawarkan promosi istimewa sehingga 21 Jun 2026. Setiap pembelian Samsung Galaxy Watch Ultra yang serba mewah ini akan didatangkan dengan hadiah percuma berupa Galaxy SmartTag2 (bernilai RM149) dan Power Adapter 15W tanpa kabel (bernilai RM59). Kunjungi Samsung Online Store atau singgah ke Samsung Experience Store berhampiran untuk mengubah naratif kesihatan anda ke tahap yang lebih tinggi dan eksklusif hari ini.
Artikel berkaitan: Pandangan Pertama Samsung S26+: Gabungan Gaya dan Inovasi
Artikel Berkaitan
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pasangan Makin Dingin? Ini Cara Hangatkan Hubungan Semula
Penat Dengan Bandar? 5 Green Retreat Ini Mungkin Jawapan Yan...
Bottega Veneta dan Seni Tenunan Thailand di Bangkok Kunsthal...
Menyusuri Sejarah dan Sulaman Palestin di Muzium Kesenian Is...
BEHATI Angkat Estetika Nusantara Di Malam Premier Khadam
Pilihan Bacaan Seterusnya
Gaya Kimono Naomi Osaka Curi Tumpuan Di Wimbledon 2026
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Capri Season! Ketahui Cara-Cara Menggayakannya
Menjengah Gaya Musim Panas Kate Spade New York 2026
Siapa di Barisan Hadapan Acara Louis Vuitton Men’s SS27
Harry Styles Di Dalam Liga Fesyennya Yang Tersendiri
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
