5 Suplemen Vitamin Yang Tidak Sesuai Diambil Bersama Kopi
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandun...
Read Full BioKopi adalah minuman yang menjadi kegemaran ramai seakan peneman sarapan pagi atau untuk mendapatkan tenaga tambahan sepanjang hari. Namun, ramai yang tidak tahu pengambilan suplemen diserta dengan kopi boleh mengganggu penyerapan sesetengah vitamin dan mineral ke dalam tubuh. Berikut adalah lima suplemen vitamin yang tidak sesuai diambil bersama kopi.
Pengambilan suplemen merupakan langkah yang baik untuk melengkapkan keperluan nutrisi harian, tetapi perlu diambil pada masa yang sesuai untuk memaksimumkan penyerapan dan keberkesanannya. Sebagai panduan umum, ambil suplemen anda sekurang-kurangnya 1-2 jam sebelum atau selepas minum kopi. Ini akan memastikan badan anda mendapat manfaat penuh daripada kedua-dua suplemen dan minuman kegemaran anda.

1. Pengambilan suplemen vitamin Kalsium
Kopi mengandungi kafein dan asid tanik yang boleh mengurangkan penyerapan kalsium dalam badan sehingga 40%. Jika anda mengambil suplemen kalsium untuk kesihatan tulang, elakkan pengambilan suplemen bersama kopi. Sebaiknya, tunggu sekurang-kurangnya dua jam selepas minum kopi sebelum mengambil suplemen kalsium anda.
2. Vitamin B
Suplemen vitamin B kompleks, terutamanya vitamin B1, B12 dan asid folik, boleh terjejas oleh kafein dalam kopi. Kafein bertindak sebagai diuretik yang meningkatkan pengeluaran air kencing, dan ini boleh menyebabkan vitamin B yang larut dalam air ini dikeluarkan dari badan dengan lebih cepat. Ini mengurangkan keberkesanan suplemen tersebut. Jadi seeloknya elak pengambilan suplemen ini bersama dengan kopi.
3. Zat Besi
Kopi mengandungi polifenol yang boleh mengikat zat besi dan menghalang penyerapannya dalam saluran penghadaman. Kajian menunjukkan bahawa minum kopi boleh mengurangkan penyerapan zat besi sehingga 80%. Bagi mereka yang mengambil suplemen zat besi untuk mengatasi masalah anemia, adalah amat penting untuk mengambil suplemen ini sekurang-kurangnya satu jam sebelum atau dua jam selepas minum kopi.
4. Pengambilan suplemen vitamin Magnesium
Kafein dalam kopi boleh meningkatkan pengasingan magnesium melalui buah pinggang, menyebabkan lebih banyak mineral ini dibuang melalui air kencing. Jika anda mengambil suplemen magnesium untuk mengatasi kekurangan mineral ini, elakkan mengambilnya bersama kopi untuk memastikan badan anda mendapat faedah penuh daripada pengambilan suplemen tersebut.
5. Vitamin D
Walaupun interaksi antara vitamin D dan kopi tidak sekuat vitamin lain, kajian menunjukkan bahawa pengambilan kafein yang berlebihan boleh mengurangkan keberkesanan vitamin D dalam badan. Ini disebabkan kafein boleh mempengaruhi reseptor ini dan mengganggu metabolisme kalsium yang berkaitan dengan vitamin D.
Artikel berkaitan: Berasa Letih? Berikut Adalah 7 Sebab Umum Punca Keletihan
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
