Related Stories
XO-Ice Aiskrim Diet Pilihan Team GLAM
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioXO-Ice Aiskrim diet lagi sihat buat penggemar pencuci mulut manis tetapi punya nutrisi tinggi.
Revolusi aiskrim sihat kini menjadi landskap baharu buat pencuci mulut seluruh Asia Tenggara. Siapa yang tidak gemarkan makanan manis, tetapi bila sudah terlebih makan pasti datangnya masalah kesihatan yang membimbangkan seperti diabetes, intoleransi laktosa. Jika di pasaran luar, aiskrim berkadar gula tinggi dan terlalu banyak tenusu yang mendominasi peti sejuk pasar raya.
Masyarakat kini tidak lagi mahu memilih antara makanan lazat dan gaya hidup sihat. Sebaliknya, mereka mencari produk yang rendah gula, lemak, dan kalori tetapi masih memberikan rasa dan kenikmatan yang memukau. Daripada alternatif berasaskan tumbuhan yang dibuat dengan santan dan susu badam hingga pilihan rendah gula yang dimaniskan dengan pemanis semula jadi seperti stevia dan erythritol, pasaran berkembang dengan pantas.
Mereka sudah pandai meneliti kandungan dalam setiap makanan yang dimakan. Oleh itu, jenama aiskrim XO-Ice mula hadir mentakrifkan semula maksud kenikmatan tanpa rasa bersalah!

XO-Ice, yang diasaskan bersama oleh Jennifer Lee dan Don , bukan sekadar mahu mencipta aiskrim sihat. Jennifer mahu mencipta produk yang indulgen sekaligus berkhasiat, tanpa kompromi yang da “lebih sihat” namun secara tradisional. Selepas bertahun-tahun mencari ais krim sempurna yang dapat memuaskan keinginan lewat malamnya tanpa rasa bersalah, dia memutuskan untuk membuatnya sendiri.
“Kami tidak akan berhenti sehingga kami mendapat formula yang sempurna, kegagalan pertama itu sebenarnya menjadi pendorong terbesar kami.” kata Jennifer
Selepas ujian dan penambahbaikan yang tidak henti-henti, Jennifer dan Don bekerjasama dengan saintis makanan terkemuka, pakar industri, dan pengarah teknikal Itali untuk menyempurnakan resipi mereka.

Akhirnya XO-Ice berjaya menemui formulasi rendah kalori dan rendah gula yang tidak bergantung kepada bahan tambahan buatan. Pilihan berprotein tinggi dalam barisan tenusu mereka, sempurna untuk mereka yang ingin mengisi tenaga sambil menikmati makanan. Perisa autentik dan premium seperti matcha, bijan hitam panggang, kopi sejuk, dan buah-buahan segar, semuanya diperoleh dengan teliti dan tepat. Pilihan halal dan bebas tenusu yang memenuhi keperluan khalayak yang lebih luas. Aiskrim XO-Ice adalah produk yang diperbuat dari Itali.

Team GLAM sudah mencuba variasi aiskrim XO-Ice seperti King Don’t Lie Musang King Durian, Seriously Chocolate, Bubblely Hills, Goood Morning Vietnaaam! Dan The Coco Carat. “ Saya memilih perisa Seriously Chocolate, rasanya sangat mewah dengan teksturnya seperti velvety ini. Yang penting ia rendah kalori dan tinggi protein,” kata Zahirah Zulkhairi, Junior Content Producer.
Berbeza pula, kata Nabilah Fuad, Senior Content Manager yang memilih perisa King Don’t Lie Musang King Durian (Plant Based), “Terasa makan pencuci mulut yang sihat, walaupun tengah menikmati Musang King.”

Sama ada anda mencari sesuatu untuk menyokong senaman anda atau sekadar mahu menikmati snek lewat malam yang berkhasiat , XO-Ice di sini untuk mengubah cara anda berfikir tentang ais krim. XO-Ice kini tersedia di kedai-kedai terpilih di seluruh Asia Tenggara. Ikuti XO-Ice untuk lokasi dan perisa terkini.
Artikel berkaitan Hidangan Pencuci Mulut Strawberi Trifle
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
