S Pen Galaxy S22 Ultra: Menguasai Produktiviti dan Kreativiti - Glam Malaysia

S Pen Galaxy S22 Ultra: Menguasai Produktiviti dan Kreativiti

Pelancaran Samsung Galaxy S22 Ultra 5G tahun ini menandakan penggabungan istimewa antara dua koleksi unggul Samsung!

Berita baik buat peminat telefon pintar! Kepakaran produktif siri Note dan keupayaan kamera epik siri S, mencipta pengalaman paling berkuasa dalam telefon pintar Ultra, ditingkatkan lagi dengan menjadi peranti Galaxy-S pertama dengan  built-in S Pen. Untuk menjadi mahir dalam produktiviti, binaan S22 Ultra 5G direka dengan teliti dengan slot S Pen khusus untuk memperkasakan pengguna dengan pilihan untuk mengakses ciri S Pen.

S Pen ini adalah yang paling tepat dengan masa tindak balas 2.8ms yang mantap untuk mencipta pengalaman menulis yang luar biasa. S Pen pada Galaxy S22 Ultra baharu membolehkan pengguna memaksimumkan pengalaman mengambil nota melalui beberapa ciri utama, iaitu S Pen ke teks, yang menghilangkan sepenuhnya keperluan pengguna untuk mencatat nota pada peranti luaran.

Galaxy S22

Sebaliknya, pengguna boleh mencatat nota secara langsung pada S22 Ultra mereka dengan S Pen dan mengubah tulisan tangan mereka menjadi teks. Keluarkan ia dari bahagian bawah telefon untuk menulis, melakar atau mengawal telefon anda. Kependaman yang dipertingkatkan dalam Samsung Notes menjadikan setiap sapuan pen terasa semula jadi seperti dakwat di atas kertas.

See also
Sejenak Bersama Tengku Chanela Jamidah

Galaxy S22

Bukan setakat itu, S Pen memperkenalkan pengalaman yang lebih diperkemas untuk mengusahakan S22 Ultra melalui Web Clipper, yang membolehkan pengguna mengekstrak dan mengalihkan sebahagian kandungan yang mereka lihat terus ke Samsung Notes dengan mudah, termasuk pautan, foto dan mesej daripada apl Samsung dalam peranti.

Sama ada untuk coretan kasual atau untuk melaksanakan kerja yang serius dengan sempurna, S Pen pada Galaxy S22 Ultra 5G membolehkan pengguna mengalami produktiviti sebenar dengan menjadi pakej semua untuk satu yang tertumpu kepada memperkasakan penggunanya untuk mencapai potensi kerja sepenuhnya.

Semua ini dan banyak lagi, hanya pada peranti Ultra paling berkuasa dalam Siri Galaxy S.

Artikel Berkenaan: Samsung Mendominasi Galaksi Gajet Dengan S22 Ultra