Coldplay Di Malaysia, Dengar 4 Lagu Ikonik Mereka Ini!

Sempena Coldplay di Malaysia, Dengar 4 Lagu Ikonik Pilihan GLAM Ini!

Sudahkah anda bersedia dengan kehadiran Coldplay di Malaysia hari ini? Ayuh warm up diri dengan 4 lagu nyanyian band ini yang menjadi pilihan GLAM?

Setelah sekian lama menantikan kehadiran penyanyi berkumpulan, Coldplay, ke Malaysia, akhirnya peminat tempatan menarik nafas lega apabila kumpulan ini ternyata mahu menyinggahi tanah air tercinta untuk konsert jelajahn mereka yang diberi nama Music Of The Spheres.

Coldplay di Malaysia

Kami berkunjung ke aplikasi X untuk melihat pelbagai reaksi peminat. Ada yang sudah mula mengira hari menanti hari konsert yang berlangsung hari ini, 22 November 2023. Tidak kurang ada juga yang dilihat sudah beratur seawal 12 pagi untuk mendapatkan tempat duduk terbaik apabila memasuki ruang di dalam stadium itu nanti.

Sementara menanti konsert yang bakal berlangsung jam 8.30 malam nanti, ayuh sama-sama mendengar 4 lagu daripada Coldplay yang menjadi pilihan GLAM dan mungkin menjadi antara lagu yang berada di dalam setlist konsert jelajah mereka di Malaysia malam ini!

See also
Protips Merakam Momen Hari Raya Bersama #ShotoniPhone

Coldplay di Malaysia

Ayuh Dengar 4 Lagu Coldplay Pilihan GLAM Ini!

#1 Higher Power

Antara lagu yang cukup dekat dengan para peminatnya. Seperti seolah-olah menyanyikan untuk diri sendiri. Dan bukan itu sahaja, ingatkah lagi anda apabila lagu ini pertama kali diperdendangkan kepada angkasawan Perancis, Thomas Pesquet, yang mendengarnya langsung dari stesen angkasa antarabangsa. Cukup ikonik! Kata Chris Martin kepada Thomas, “Lagu ini adalah mengenai pencarian ‘angkasawan’ di dalam diri kita semua, insan itu adalah insan yang mampu lakukan pelbagai perkara yang menakjubkan.”

#2 The Scientist

Masih ingatkah lagi anda pada klip muzik video yang dilakukan Coldplay untuk lagu The Scientist ini 12 tahun yang lalu? Muzik video paling ikonik yang mana Chris Martin ketika itu dipertanggungjawabkan untuk menyanyi lagu ini dalam lirik yang terbalik bagi menjayakan konsep video yang dimainkan dalam keadaan putar balik. Lihatlah dedikasi penyanyi ini dalam menghafal lagunya secara daripada hujung lilrik hingga kembali semula ke permulaan!

#3 Paradise

Lagu yang turut dicipta 12 tahun yang lalu ini masih menjadi antara muzik pilihan nombor satu peminat Coldplay di Malaysia. Menariknya di dalam muzik video ini, mereka menggunakan maskot gajah sebagai bintang utama. Namun apa yang ditunjukkan menerusi video muzik ada sedikit berbeza dengan naratif lirik sebenar lagu ini. Menerusi lirik, lagu ini menggambarkan fantasi dalam melarikan diri kemudian hilang dalam mencari diri. Dia mula menyedari dirinya tidak seperti apa yang diingininya dan mengharapkan segala yang sempurna seperti di syurga.

See also
Dia Guild: Platform Fesyen Beretika Dan Karya Seni Mewah Asia Tenggara

#4 Mesti nyanyi Viva La Vida sewaktu Coldplay di Malaysia!

Lagu yang dicipta 15 tahun yang lalu masih meremang apabila dimainkan hari ini. Pastinya peminat-peminat Coldplay mahukan lagu ini dimainkan di konsert jelajah mereka di Malaysia! Walaupun lagu Viva La Vida ini menggunguli pelbagai carta muzik antarabangsa, namun ramai yang sewaktu ini tidak sedar bahawa lagu ini menceritakan revolusi Perancis serta kematian King Louis XVI. Di dalam muzik videonya juga mempamerkan sebuah lukisan sejarah 1830 yang dikenali sebagai “Liberty Leading the People” yang dilukis oleh Eugène Delacroix.

Gambar: Instagram rasmi Coldplay