Related Stories
Legasi Cinta Siti Saleha dalam Kilauan Tiffany & Co.
Sebagai Pengarah Kreatif, mindanya ibarat kanvas yang hidup; liar, puitis, dan sentiasa di...
Read Full BioAda sesuatu yang berubah dalam diri Siti Saleha, yakni sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, namun dapat dirasai dari dalam.
Ia bukan perubahan yang berlaku secara drastik, ia hadir perlahan-lahan. Dalam diam di kala dia melihat dunia dengan perspektif yang berbeza.
Seperti ibu baru yang lain, Siti Saleha juga merasai pengalaman melangkah ke fasa kehidupan baharu tanpa kepastian. Dengan keterbukaan untuk belajar membesarkan anak lelakinya, Indra Mateen Fitton, dia mula memahami bahawa menjadi seorang ibu bukan tentang tiba di satu titik akhir, malah ia adalah sebuah perjalanan dan Siti Saleha mulai berkembang dari hari ke hari.
Dibawakan oleh Tiffany & Co., kisah ini dirakam dengan penuh kejujuran memperlihatkan sisi Saleha yang lebih lembut dan reflektif. Setiap penampilannya dilengkapkan dengan perhiasan Tiffany & Co. yang elegan, hadir secara halus untuk melengkapi emosi dalam setiap momen, dan menyatu dengan perjalanan peribadi yang dilaluinya.
Dalam perjalanan menjadi seorang ibu, pemahamannya tentang kekuatan juga turut berubah. Jika dahulu kekuatan dilihat sebagai sesuatu yang perlu dibina dan dibuktikan, kini ia hadir dalam bentuk yang lebih senyap namun lebih mendalam.
“Kekuatan itu kini wujud dalam kehadiran dan kesabaran. Keputusan untuk memperlahankan masa dan benar-benar hadir dalam setiap detik bersama yang tersayang,” kata Siti Saleha.
Hubungannya dengan Indra bukan sahaja digambarkan melalui momen sempurna, tetapi melalui detik-detik sebenar memegangnya, memerhatinya, memahami setiap perubahan kecil. Ada rasa ingin tahu dalam setiap pandangannya, seolah-olah dia sedang mengenali anaknya, dan pada masa yang sama, mengenali dirinya sendiri. Di sinilah perubahan sebenar berlaku.
Tanpa disedari, Indra bukan sahaja dibesarkan olehnya malah turut membentuk dirinya. Kesabarannya menjadi lebih mendalam. Keutamaannya berubah secara semula jadi. Pada Siti Saleha, masa adalah untuk dihayati, ia tidak lagi dilihat sebagai sesuatu untuk diurus.
“Kerana apa yang kita bakal tinggalkan tidak bermula suatu hari nanti… ia bermula sekarang, dalam cara kita mencintai setiap hari.”
Kisah ini melihat keibuan sebagai satu ruang. Ruang untuk berkembang, berubah dan untuk membina makna baru dalam kehidupan.
Visual yang dipersembahkan turut mencerminkan pendekatan ini tenang, intim, dan jujur. Hanya momen-momen kecil yang sarat dengan emosi. Perhiasan Tiffany & Co. yang digayakan menjadi sebahagian daripada naratif lembut, elegan, dan penuh makna mengiringi setiap perubahan yang dilalui.
Tiada penamat yang mutlak, hanya satu kesedaran yang hadir secara perlahan namun jelas bahawa legasi tidak menunggu masa hadapan, ia sedang terbina dalam setiap detik yang dilalui, dalam setiap pelukan, dalam setiap pilihan kecil, dan dalam diri yang sedang berkembang. Dalam membesarkan Indra, Siti Saleha tidak hanya membentuk sebuah kehidupan baharu, tetapi turut menemui versi dirinya yang tidak pernah dikenalinya sebelum ini.
Pengarah Kreatif, Nisa’ Halid Pengarah Seni Kanan, Khai Ramli Fotografi, Lily Alissa Penyelaras Pakaian Tiffany Tan Jurusolek Selebriti, Ezad Ibrahim Dandanan Rambut, Bibian Leong Lokasi, EQ Hotel KL Pelatih Amali, Nur Afiqah, Nurul Athirah & Nurul Izzati
Pakaian Alia Bastamam Barang Kemas Tiffany & Co
Artikel Berkaitan:
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
