Related Stories
Aidilfitri Penuh Keanggunan di Suria KLCC
Tahun ini, Suria KLCC mengundang anda untuk menyambut Aidilfitri dalam suasana penuh kemewahan dan keindahan eksotik Maghribi. Dari 7 Mac hingga 13 April 2025, nikmati keajaiban seni bina istana Maghribi yang kaya dengan warisan budaya dan seni halus—pengalaman istimewa yang dirancang untuk wanita moden yang menghargai kecantikan, kemewahan, dan kemeriahan eksklusif.

Melangkah masuk ke Centre Court Suria KLCC, anda akan disambut oleh suasana memukau dengan gabungan rona biru diraja dan emas berkilauan. Kubah tertutup yang dihiasi unjuran interaktif menghidupkan keanggunan istana, sementara cahaya lembut dari tanglung Maghribi mencipta bayang-bayang artistik di sekeliling. Gerbang Moorish yang ikonik melengkapkan pengalaman visual yang membawa anda ke dunia penuh pesona dan keindahan seni bina Andalusia.
Di Esplanade KLCC, gerbang Maghribi yang megah dengan pencahayaan interaktif menanti anda, memberikan latar sempurna untuk merakam kenangan indah Aidilfitri dalam gaya yang lebih mewah.
Sebagai pencinta keindahan, anda pasti terpesona dengan alunan muzik Maghribi dan Melayu tradisional yang mengisi udara di Suria KLCC. Nikmati persembahan istimewa:
Persembahan Muzik Tradisional
30 Mac & 1 April 2025
2:00 – 3:00 petang
Tarian Tradisional
23, 29 & 31 Mac 2025
3:00 – 4:00 petang
Dengan busana eksotik yang berkilauan, para penari akan membawa anda menghayati keunikan budaya Maghribi, mencipta pengalaman yang mempesona dan mengasyikkan.
Serlahkan Kreativiti di Bengkel Seni & Kraf Raya
Eksplorasi kreatif anda melalui bengkel eksklusif yang menggabungkan unsur Maghribi dengan semangat Aidilfitri:
Bengkel Coaster Mozek
Sabtu: 22 & 29 Mac | Hari Raya: 31 Mac 2025
4:00 – 5:00 petang
Bengkel Gubahan Bunga Raya
Ahad: 23 & 30 Mac | Hari Raya: 1 April 2025
4:00 – 5:00 petang

GANJARAN RAYA EKSKLUSIF
Beli-belah dengan penuh gaya dan nikmati ganjaran istimewa di Suria KLCC:
- Belanja RM2,500 ke atas dalam dua resit di butik pilihan untuk menerima Suria KLCC Shopping e-Voucher bernilai RM100 dan pek Duit Raya Suria KLCC.
- Belanja RM10,000 ke atas untuk menerima Suria KLCC Shopping e-Voucher bernilai RM300, Pek Duit Raya Suria KLCC, serta pek duit raya eksklusif.
- Lebih Istimewa, gandakan kemeriahan raya dengan e-duit raya menerusi Suria KLCC Shopping e-Voucher bernilai RM1,000 yang boleh dibeli menerusi laman web rasmi Suria KLCC kepada insan tersayang, keluarga dan sahabat dan anda bakal menerima e-Voucher tambahan RM100, terhad kepada 50 pembeli pertama.
AIDILFITRI LEBIH BERMAKNA
Di sebalik kemeriahan, Aidilfitri juga merupakan waktu untuk berkongsi dan memberi, dengan itu menjemput anda untuk menyumbang kepada kesedaran kesihatan mental dengan membeli Suria Ribbon Pin pada harga RM10. Setiap pembelian bukan sahaja memberikan akses ke Bengkel Coaster Mozek, malah hasil jualan akan didermakan kepada NGO yang menyokong kesihatan mental menjadikan Aidilfitri anda lebih bermakna.
MAKLUMAT LANJUT
Layari laman web rasmi untuk butiran penuh mengenai kempen Aidilfitri Suria KLCC:
Website: https://www.suriaklcc.com.my/raya-2025
Ikuti perkembangan terkini di media sosial:
Facebook: https://www.facebook.com/SuriaKLCCMall
Instagram: https://www.instagram.com/suriaklccmall/
Jangan lepaskan peluang untuk menyambut Aidilfitri dalam suasana penuh keanggunan.
Artikel Berkaitan: Dua Gaya Solekan Sempena Aidilfitri Pilihan GLAM
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
