Related Stories
Segalanya Tentang Album Baru Taylor Swift, The Tortured Poets Department
Taylor Swift memberi kejutan kepada peminat dengan mengumumkan buah tangan terbarunya, The Tortured Poets Department.
Ketika menerima trofi album terbaik untuk Midnights di Grammy Awards baru-baru ini, Taylor memaklumkan album studio ke-11 itu akan dilancarkan pada 19 April 2024.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli Recording Academy kerana mengundi, tetapi saya tahu undian ini datangnya daripada sokongan padu peminat.
“Jadi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat dengan memberitahu anda satu rahsia yang saya simpan sejak dua tahun lalu. Album terbaru saya akan keluar pada 19 April. Ia berjudul The Tortured Poets Department,” katanya.

Foto: CBS
Ini maklumat lanjut tentang album Taylor Swift
SENARAI LAGU DALAM ALBUM THE TORTURED POETS DEPARTMENT
Menurut laman web rasmi, ia akan menampilkan 18 lagu termasuk lagu bonus berjudul The Manuscript. Side A termasuk Fortnight, The Tortured Poets Department, My Boy Only Break His Favorite Toys dan Down Bad. Untuk Side B pula lagu So Long London, But Daddy I Love Him, Fresh Out the Slammer dan Florida!!!.
Side C termasuk Guilty As Sin?, Who’s Afraid of the Little Old Me?, I Can Fix Him (No Really I Can) dan loml. Manakala bahagian terakhir pula I Can Do It With a Broken Heart, The Smallest Man Who Ever Lived, The Alchemy dan Clara Bow.
Menerusi perkongsian terkini di Instagram, Taylor mengumumkan sebuah lagi lagu bonus berjudul The Bolter untuk versi baru album The Tortured Poets Department.
GAMBAR KULIT ALBUM
Sejurus selepas membuat ucapan di Grammy Awards, Taylor berkongsi gambar album terbarunya di Instagram. Ia menampilkan foto hitam-putih dirinya berbaring dikelilingi bantal dengan sebahagian wajahnya tidak kelihatan. Ia memberi aura sensual sama seperti album kelapannya, Folklore.
ARTIS YANG BAKAL DITAMPILKAN
Ketika membuat pengumuman tentang The Tortured Poets Department, Taylor mendedahkan dua penyanyi yang ditampilkan dalam album itu. Artis yang dimaksudkan adalah Post Malone untuk lagu Fortnight dan Florence + The Machine buat lagu Florida!!!.
Tidak dapat dipastikan siapakah rakan usaha sama untuk album ini namun kemungkinan besar adalah teman rapatnya sendiri seperti Jack Antonoff.
THE TORTURED POETS DEPARTMENT PECAH REKOD
Walaupun belum dilancarkan secara rasmi, ia telah pun memintas rekodnya sebelum ini. Selepas pelancaran albumnya diumumkan di media sosial, ia dibuka untuk prapesanan di laman web rasmi. Terdapat beberapa format yang tersedia untuk pembelian termasuk CD, kaset, vinil dan album digital.
Tidak sampai 25 minit dibuka untuk prapesanan, vinil The Tortured Poets Department telah berjaya mengatasi angka prapesanan satu jam untuk album sebelumnya, Midnights (semua format).

Foto: Getty Images
Artikel Berkaitan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pasangan Makin Dingin? Ini Cara Hangatkan Hubungan Semula
Penat Dengan Bandar? 5 Green Retreat Ini Mungkin Jawapan Yan...
Bottega Veneta dan Seni Tenunan Thailand di Bangkok Kunsthal...
Pilihan Bacaan Seterusnya
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang Tepat!
Datin X: Datin Berangan Dengan Barangan Pinjam
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pameran Terbesar Cartier Di NGV Melbourne Winter Masterpieces 2026
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
