Seni Coklat Venchi Dari Itali
Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup m...
Read Full BioBermula pada 1878, kini jenama Venchi terus mencipta rasa coklat penuh magis.
Menurut Giovanni Battista Mantelli, setiap cebisan coklat bukan sekadar pencuci mulut, ia adalah hasil seni, sains, dan warisan yang dicipta dengan penuh ketelitian. Sebagai Master Chocolatier dan duta jenama Venchi, beliau telah memberi nafas baharu kepada cara menikmati coklat, membawa para tetamu di Capella Singapore menyelusuri pengalaman rasa yang penuh kejutan dan emosi.
Venchi lebih dari pencuci mulut

Diasaskan pada tahun 1878 di Turin, Itali, Venchi bermula dengan impian seorang pemuda bernama Silviano Venchi yang sanggup mempertaruhkan semua simpanannya untuk menghasilkan coklat berkualiti. Hari ini, jenama ini terus berpegang kepada falsafah yang sama iaitu menggabungkan resipi warisan dengan inovasi kontemporari.
Dalam acara eksklusif yang berlangsung baru-baru ini, Mantelli memperkenalkan cara baharu menikmati beberapa produk ikonik Venchi melalui padanan bahan tempatan yang tidak dijangka. Bayangkan rasa lembut coklat susu Venezuela yang kaya dipadankan dengan kerepek nangka kering, atau gianduitto pistachio bersama kek pandan dan gelato pistachio yang menambahkan dimensi tekstur dan rasa.

Salah satu kombinasi paling mengejutkan namun memikat ialah coklat putih dengan kelopak raspberi dan sedikit cuka balsamik berusia 12 tahun memberikan rasa yang cukup kompleks, seakan pembuka selera berprestij. Tidak ketinggalan, padanan coklat gelap 77% dengan lada Sichuan mencipta rasa yang berani dan memikat, sesuai untuk mereka yang berjiwa pengembara dalam eksplorasi rasa.
Lebih menarik, setiap ciptaan bukan sahaja sedap dimakan, tetapi juga mengambil kira nilai pemakanan. Mantelli percaya bahawa coklat harus dinikmati tanpa rasa bersalah. Oleh itu, Venchi memberi penekanan kepada bahan-bahan asli, kurang gula tambahan dan sentiasa menitikberatkan kualiti biji koko dari sumber berkualiti.
“Golongan muda hari ini lebih peka terhadap apa yang mereka makan. Mereka ingin tahu dari mana datangnya bahan mentah dan bagaimana ia diproses,” jelas Mantelli. “Itu sebabnya kami sentiasa berusaha memperbaiki diri dan pesaing sebenar kami adalah diri kami sendiri.”

Acara turut disertakan dengan minuman berasaskan coklat seperti moktel teh Earl Grey dengan sentuhan coklat dan pudina, serta koktel rum dan wiski yang diadun bersama coklat premium. Ia menutup tirai pengalaman ini dengan penuh kepuasan.
Namun, apa yang benar-benar menjadikan acara ini luar biasa adalah semangat kebersamaan yang tercipta. Para tetamu baik dari penggemar coklat mahupun pencinta seni kulinari berkongsi rasa, bertukar pandangan dan menjalin hubungan. Kerana pada akhirnya, seperti yang diyakini Mantelli, coklat bukan sekadar makanan manis, ia adalah cerita, kenangan dalam setiap gigitan.
Artikel Berkaitan: Lima Deria Menikmati Coklat Läderach
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
