Jam Pintar Ini Boleh Jadi Sleep Coaching Kamu!
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioGalaxy Watch8 Series hadir dengan rekaan ultra nipis, AI pintar dan kuasa biohacking dan menjadikan jam ini aksesori paling glam untuk kesihatan & gaya.
Dunia hari ini menjadikan kesihatan sebagai sebahagian daripada gaya hidup, dan Samsung Galaxy Watch8 Series ialah definisi terkini bagaimana teknologi boleh bergabung dengan fesyen. Lebih nipis, lebih selesa, dan lebih pintar, jam ini bukan sekadar aksesori tetapi wellness statement di pergelangan tangan. Rekaan Dynamic Lug system memastikan ia bergerak natural, manakala paparan AMOLED 3,000 nits tampil jelas walaupun di bawah matahari.

Tidur kini lebih aman dengan ciri Bedtime Guidance yang menganalisis ritma sirkadian bagi menentukan waktu lena terbaik. Bangun pagi pula lebih segar kerana Samsung Galaxy Watch8 memberi analisis lengkap tentang kualiti tidur, termasuk suhu kulit, kadar oksigen dan persekitaran bilik. Tambahan pula, Sleep Coaching memberi tip peribadi, dari meditasi ringkas hingga larangan kafein lewat malam sehingga menjadikan rutin malam terasa lebih mewah dan bermakna.

Buat mereka yang aktif, Samsung Galaxy Watch8 hadir sebagai pelatih digital bergaya. Running Coach mencipta pelan senaman tersuai dengan maklum balas masa nyata, sementara sensor Bioelectrical Impedance Analysis (BIA) mengukur lemak badan, otot dan air tubuh. Sama ada anda mahu menamatkan maraton atau sekadar menambah stamina, jam ini memastikan perjalanan kecergasan anda lebih terarah tanpa mengorbankan gaya.
Lebih menarik, Samsung Galaxy Watch8 memperkenalkan buat pertama kali Antioxidant Index dalam jam pintar lalu membolehkan anda mengukur tahap karotenoid kulit hanya dalam lima saat. Ia memberikan gambaran tentang diet harian dan motivasi untuk menambah superfoods berwarna dalam pinggan anda. Dipadukan dengan AI-powered Energy Score, pengguna dapat memahami keseimbangan tenaga fizikal dan mental untuk kekal bertenaga sepanjang hari.

Samsung Galaxy Watch8 ini hadir dalam pelbagai gaya: Graphite, Silver, Black dan White untuk Galaxy Watch8 dan Classic, manakala Galaxy Watch Ultra dengan titanium kukuh direka untuk pengembara lasak. Dengan integrasi Google Gemini AI dan Wear OS 6, jam ini bukan sahaja menjejaki kesihatan, tetapi juga menjadi pembantu peribadi paling bergaya.
Artikel Berkaitan: Samsung Galaxy Z Fold7: Seperti Kamera Profesional
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.


