The Fabulous, Siri K-Drama Terbaru di Netflix Mesti Tonton!
Mula tayang 23 Disember yang lalu, The Fabulous menampilkan pelakon Choi Min-ho, berkisar industri fesyen penuh glamor!
Terasa lama tidak melihat drama Korea yang menceritakan tentang fesyen dan dunia glamor. Sempena mengakhiri tahun 2022, Netflix membawakan drama yang kami jangkakan bakal hit di kalangan peminat fesyen hari ini. The Fabulous, menampilkan barisan pelakon seperti Choi Min-ho, Chae Soo-bin, Lee Sang-woon, Park Hee-Jung dan ramai lagi.

Siri drama ini menceritakan tentang kisah impian, cinta dan persahabatan di antara empat sahabar baik. Kesemuanya boleh dikatakan bekerja di dalam industri fesyen namun mereka ini menempuhi pelbagai cabaran yang berbeza-beza. Drama bersiri ini menjanjikan jalan cerita yang baik kepada penontonnya kerana menganggap empat karakter ini bakal memberi inspirasi kepada orang ramai melalui dugaan yang mereka tempuhi malah mengganggap ia sesuatu yang ‘relatable’ pada diri semua orang.

Menarik tentang The Fabulous, apabila para pelakonnya sendiri mengambil langkah tambahan untuk mendalami karakter masing-masing. Seperti Lee Sang-woon yang memegang watak Joseph, seorang pereka fesyen, sanggup meluangkan masa mempelajari segala terma unik fesyen malah berguru bersama Minju Kim, pereka fesyen popular Korea.

Menurut Pengarah drama bersiri The Fabulous ini, Kim Jeong-hyeon,
“Saya berpendapat bahawa penonton muda akan benar-benar berkait dengan kepentingan persahabatan apabila mereka ini mula bersosial namun dengan sedikit pengalaman. Ia menakutkan pada mulanya, tetapi dengan adanya semangat dan rakan-rakan, anda mampu melakukan apa sahaja”.
Jangan lupa untuk tonton drama bersiri ini yang sudah mula ditayangkan pada 23 Disember yang lalu. Dan kongsikan bersama kami pendapat anda tentang drama ini!
Tonton Trailer The Fabulous!
Pautan Berkaitan: Ini 5 Tayangan Baru di Netflix Minggu Ini
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
