Biz Of RE Iktiraf 4 Wanita Hebat Dalam Kempen 'I Am Woman' - Glam Malaysia
I Am Woman

Biz Of RE Iktiraf 4 Wanita Hebat Dalam Kempen ‘I Am Woman’

Biz Of RE kembali pada tahun 2023 dengan misinya dalam mengangkat serta mengiktiraf wanita masa kini. January Low, Suhaili Micheline, Mimi Fly juga Alia Bastamam diangkat di dalam kempen ‘I Am Woman’ bersama L’Oreal Professionnel kerana kecemerlangan dalam kerjaya masing-masing.

Kempen I Am Woman punya misi dan golnya yang tersendiri. Lebih istimewa, tahun ini Biz Of RE berkerjasama bersama jenama rambut popular, L’Oreal Professionnel. Empat wanita yang diangkat ini cukup istimewa kerana masing-masing memiliki kerjaya yang dicorak penuh warna-warni. Paling penting, mereka ini senantiasa memberi inspirasi buat wanita di luar sana yang sedang berlari mengejar cita-cita.

Kenali 4 Wanita Hebat Ini

I Am Woman

Suhaili Micheline

Alia Bastamam

Suhaili Micheline, nama yang tidak asing di dalam dunia seni persembahan, menjadi antara wanita hebat pilihan kami tahun ini. Menggelarkan dirinya sebagai Multidisciplinary Artist, dia yang bijak menggabungkan cintanya terhadap seni lukis dan tarian menjadikan dia seorang yang amat versatil. Manakala Alia Bastamam, nama yang tidak asing lagi di dalam dunia fesyen tanah air ini turut kami angkat menjadi salah seorang wanita hebat pilihan tahun ini. Memiliki portfolio luar biasa, rekaannya sering menjadi perhatian dan idaman wanita moden Malaysia hari ini.

See also
Ceritera Raya Alia Bastamam

I Am Woman

January Low

January Low, penari tradisional yang cukup dikagumi, namanya menjadi bualan pengamal tarian klasik India kerana kepakarannya dalam mempersembahkan tarian Orissi juga Bharatanatyam. Dia adalah salah seorang wanita hebat yang masih teguh mengekalkan amalan tarian klasik buat generasi akan datang. Terakhir sekali, Mimi Fly, penyanyi dan penghibur tersohor yang sudah berkecimpung di dalam industri seni hiburan tempatan melebihi 15 tahun yang lalu. Dikenali sebagai penyanyi, penulis lirik, penggubah lagu, pereka tari, Mimi belum berhenti. Dia masih aktif mewarna diri dan terus berkongsi inspirasi.

Mimi Fly

L’Oreal Professionnel Perkenal Rangkaian iNOA, Mewarnai Kempen ‘I Am Woman’

Kembara kempen ‘I Am Woman’ ini tidak lengkap tanpa kerjasama L’Oreal Professionnel yang membantu menyerlahkan lagi sisi cantik setiap wanita berinspirasi ini pilihan kami tahun ini. Memperkenalkan rangkaian iNOA, Alia, Suhaili, January dan Mimi diberi peluang untuk mencuba sendiri rangkaian ini. Namun, apakah itu rangkaian iNOA ini?

I am Woman

iNOA adalah sebuah rangkaian pewarna rambut oleh L’Oreal Proffesionnel yang menjadi signatur kepada jenama ini. Ia adalah rangkaian yang pertama memperkenalkan formulasi pewarna bebas amonia pada tahun 2009. Namun, rangkaian iNOA ini kembali dengan formula yang telah dinaiktaraf dalam memberikan hasil warna rambut yang lebih baik, menyerlah, tahan lama, memberi sinar optima serta memberi kesegaran dan keselesaan pada kulit kepala.

See also
Ryan Gosling Bakal Kembali Dalam Sekuel The Gray Man

Ikut rapat perjalanan kempen ‘I Am Woman’ ini di seluruh platform media sosial GLAM Malaysia untuk ikuti filem pendek penuh yang bakal ditayangkan 4 Julai 2023 ini nanti!

Pautan Berkaitan: Hailey Baldwin dan Taylor Hill Untuk L’Oréal Professionnel 2017