Samsung Galaxy Z Fold7: Seperti Kamera Profesional
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioSamsung Galaxy Z Fold7 Punya Kamera 200MP, AI editing pantas dan hasil ultra jelas bagaikan punya kamera profesional.
Samsung sekali lagi mencipta revolusi dalam dunia teknologi menerusi pelancaran Galaxy Z Fold7, telefon pintar boleh lipat yang bukan sahaja hadir dengan reka bentuk paling nipis dan ringan dalam siri Galaxy Z, tetapi juga memperkenalkan sistem kamera 200MP yang sangat mengagumkan. Dengan keupayaan kamera yang setanding kamera profesional dan kecanggihan AI ProVisual generasi baharu, Z Fold7 menjadi peranti terbaik untuk penggemar fotografi dan pencipta kandungan era digital.

Kamera utama 200MP Galaxy Z Fold7 hadir dengan aperture f/1.7 dan teknologi pemprosesan imej yang membolehkan hasil foto lebih tajam dan terang, meskipun dalam keadaan cahaya rendah. Samsung turut melengkapkan peranti ini dengan kamera ultra-lebar 12MP bersudut pandang 120 darjah, dan kamera telefoto 10MP yang menyokong zum optik 3× serta zum digital sehingga 30× menggunakan teknologi AI Super Resolution. Ini membolehkan pengguna merakam gambar landskap, potret atau jarak jauh dengan ketepatan dan ketajaman tinggi.

Dalam aspek rakaman video, Galaxy Z Fold7 menyokong sehingga 8K pada 30fps dan 4K pada 60fps dengan sokongan HDR10+ serta gyro-EIS untuk kestabilan. Mod rakaman malam yang diperbaharui turut meningkatkan kualiti rakaman dalam suasana gelap, menjadikannya ideal untuk vlogger atau penghasil kandungan yang mahukan kualiti visual sinematik di mana-mana sahaja.

Tidak cukup dengan spesifikasi kamera hebat, Samsung menyuntik kuasa Galaxy AI menerusi ProVisual Engine generasi baru yang membolehkan penyuntingan pantas dan automatik terus dari telefon. Fitur seperti “Generative Edit” membolehkan pengguna memadam objek atau refleksi dalam gambar dengan hanya satu sentuhan, manakala “Suggest Erases” mencadangkan elemen yang mengganggu untuk dipadam secara automatik. Fungsi “Side-by-Side Editing” pula memudahkan pengguna membandingkan versi asal dan versi suntingan dalam masa nyata – seolah-olah menyunting dalam studio profesional.

Pengalaman visual juga ditingkatkan dengan paparan utama bersaiz 8 inci Dynamic AMOLED 2X yang menyokong refresh rate 120Hz, sangat sesuai untuk suntingan foto atau tontonan kandungan multimedia dengan paparan jelas dan lancar. Kamera swafoto 10MP yang disediakan pada kedua-dua paparan dalam dan luar juga memberikan hasil gambar berkualiti tinggi untuk swafoto atau panggilan video. Di Malaysia, Galaxy Z Fold7 ditawarkan dalam tiga pilihan storan: 256GB (RM7,799), 512GB (RM8,399), dan model 1TB (RM9,899) eksklusif dengan warna premium. Pelancaran rasmi bermula pada 1 Ogos 2025.
Artikel Berkaitan: Samsung Galaxy Z Fold7: Revolusi AI Pintar Pilihan GLAM
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
