Related Stories
Justin Timberlake Umum Pelancaran Album Baru
Selepas hampir enam tahun, Justin Timberlake akhirnya muncul dengan buah tangan terbaru buat peminat.
Minggu lalu aktor dan penyanyi ini memadam kesemua hantarannya di Instagram — langkah yang semakin popular di kalangan artis. Justin kemudiannya berkongsi foto tarikh persembahan di kampung halamannya, Memphis di mana dia membuat debut lagu baru berjudul Selfish.
Rakaman konsert yang dimuat naik di Instagram menunjukkan bekas anggota kumpulan NSYNC itu membuat persembahan di hadapan penonton. Dia turut berkongsi klip lagu versi rakaman studio di akaun TikTok miliknya.
Sehari selepas berlangsungnya konsert, Justin mendedahkan bahawa album terbarunya diberi judul Everything I Thought It Was. Pengumuman itu menampilkan treler video muzik diiringi suara pelakon Benicio Del Toro. “Justin Timberlake Presents: Everything I Thought It Was,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Justin Timberlake Kembali Menggegarkan Industri Muzik
Ini merupakan album solo keenam pemuzik itu selepas Justified (2002), FutureSex/LoveSounds (2006), The 20/20 Experience (2013), The 20/20 Experience – 2 of 2 (2013) dan Man of the Woods (2018).
Bintang yang terkenal dengan gelaran ‘Prince of Pop’ ini dijadualkan membuat kemunculan di The Tonight Show Starring Jimmy Fallon pada 26 Januari untuk mengumumkan pelancaran albumnya secara rasmi.
September tahun lalu Justin kembali bersatu dengan NSYNC dan mengeluarkan lagu baru berjudul Better Place. Ia menandakan lagu pertama mereka selepas 23 tahun. Better Place merupakan runut bunyi bagi filem Trolls Band Together di mana Justin meminjamkan suaranya untuk watak Branch.
Foto: Getty Images
Baca: Album Ke-20 Siti Nurhaliza, SITISM Raih Sambutan Luar Biasa
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
