Mediterranean: Diet Terbaik Untuk 2021 - Glam Malaysia

Mediterranean: Diet Terbaik Untuk 2021

Buat empat tahun berturut-turut, diet Mediterranean dinobatkan selaku diet keseluruhan terbaik yang bukan sahaja menyelerakan, tetapi juga baik untuk kesihatan diri.

Azam tahun baharu anda masih lagi berjalan? Jika resolusi anda untuk mengamalkan pemakanan yang lebih sihat tahun ini, belum terlambat untuk mencuba diet Mediterranean. Buat empat tahun berturut-turut, diet ini dinamakan sebagai diet keseluruhan terbaik di antara 39 jenis diet berdasarkan kajian tahunan oleh U.S. News & World Report.

Berdasarkan kajian tersebut. diet Mediterranean juga menduduki tanga pertama dalam beberapa kategori lain seperti diet terbaik untuk pemakanan sihat, diet paling mudah untuk diamalkan, diet terbaik unuk diabetis, diet sayuran terbaik dan juga diet terbaik buat kesihatan jantung.  

Secara umumnya, diet Mediterranean adalah paten pemakanan yang diamalkan oleh penduduk di sekitar laut Mediterranean. Ia tidak mempunyai definisi yang tetap, dan tiada pula program yang tertentu. Tetapi, ia menggalakkan pengambilan buah-buahan, sayuran, kekacang, bijian sempurna serta bahan-bahan berkhasiat tinggi dan rendah dengan kolesterol. Sebagai contoh, pengamal diet ini akan menggantikan mentega dengan pilihan lemak berkhasiat seperti minyak zaitun, garam dengan rempah ratus dan daging merah dengan ikan dan ayam.

See also
Musim Sakit, Ini Petua Untuk Hilangkan Batuk dan Kering Tekak!

Foto: Getty Images

Kajian turut menunjukkan penduduk negara yang berada di sekitar laut Mediterranean mempunyai usia yang lebih panjang. Mereka lebih sukar untuk mendapat penyakit seperti kanser dan kardiovaskular. Rahsia mereka? Gaya hidup yang aktif, pengawalan berat badan dan yang paling utama, diet yang kurang gula, lemak tepu dan daging merah. Pemakanan yang diamalkan kaya dengan vitamin serta nutrisi yang baik untuk badan.

Diet Mediterranean mempunyai pelbagai kebaikan buat kesihatan diri termasuklah ia dapat mengurangkan berat badan, menjaga kesihatan jantung dan otak, mengurangkan risiko kanser serta, mengawal dan mengurangkan penyakit diabetis. Ia juga mampu mengawal berat badan sambil mengurangkan risiko penyakit kronik.

Diet DASH dan diet Flexitarian berkongsi di tangga kedua sebagai diet keseluruhan terbaik untuk tahun ini. DASH yang bermaksud Dietary Approaches to Stop Hypertension fokus kepada pengambilan sayuran, buah-buahan, bijian sempurna, lemak dan protein yang menyihatkan serta mengelakkan makanan proses dan garam. Flexitarian pula adalah diet buat sesiapa yang belum bersedia untuk menjadi vegetarian atau vegan sepenuhnya. Manakala, Keto, GAPS dan Dukan disenaraikan sebagai tiga diet yang berada di senarai terbawah.

See also
5 Petua Kecantikan & Kesihatan Kerabat Diraja

Baca lebih lanjut: Cuba #Veganuary Bulan Ini

Foto: Getty Images