“Pengakhiran Impian Saya” - Gisele Bundchen Akhirnya Dedah Punca Perceraian - Glam Malaysia
“Pengakhiran Impian Saya” - Gisele Bundchen Akhirnya Dedah Punca Perceraian

“Pengakhiran Impian Saya” – Gisele Bundchen Akhirnya Dedah Punca Perceraian

Lima bulan bercerai, Gisele Bundchen akhirnya terbuka hati membicarakan tentang perceraian dengan Tom Brady yang digelarnya sebagai ‘pengakhiran impiannya’.

Bercakap kepada majalah Vanity Fair, Gisele menegaskan bahawa kerjaya bekas suaminya sebagai bintang National Football League (NFL) bukanlah satu-satunya punca perceraian mereka. Ia jauh lebih rumit daripada itu.

Apabila ditanya adakah dia memberi Tom kata dua sama ada untuk memilih kerjaya atau keluarga, supermodel kelahiran Brazil itu berkata tuduhan tersebut amat menyakitkan. “Ia perkara paling gila yang pernah saya dengar.”

Gisele Bündchen Tom Brady

Foto: Page Six

Gisele mendedahkan, mereka berkembang menjadi insan dengan matlamat kehidupan yang berbeza dari semasa ke semasa. “Ketika saya berusia 26 tahun dan Tom berusia 29 tahun, kami bertemu, membuat keputusan membina keluarga, mahukan perkara yang sama. Namun apabila masa berlalu, kami menyedari bahawa kami mahukan perkara berbeza.”

Gisele Mengakui Akan Terus Mencintai

Bagaimanapun usahawan berusia 42 tahun itu berkata, berlakunya perceraian tidak bermakna mereka tidak mencintai satu sama lain. “Ia bermakna jika anda benar-benar ingin jalani kehidupan yang dimahukan, anda perlu memiliki seseorang dalam hidup yang boleh berkompromi.”

See also
Neelofa Tampil Perjelas Tuduhan Yang Tersebar Di Media Sosial

Namun begitu Gisele mendedahkan dia sentiasa menjadi penyokong setia bekas suaminya yang mengumumkan persaraan pada 2021, kembali bermain tidak lama kemudian, dan akhirnya membuat keputusan bersara buat buat selamanya bulan lalu.

“Saya sentiasa menyokongnya dan akan terus bersorak untuknya sampai bila-bila. Jika ada seseorang yang saya mahu lihat menjadi insan paling bahagia di dunia ini, Tom adalah orangnya. Percayalah. Saya mahu semua impiannya menjadi kenyataan.”

gisele

Foto: Instagram

Bekas suami isteri itu berkahwin pada 2009 dan bercerai pada Oktober 2022 setelah melayari bahtera rumah tangga selama 13 tahun. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Benjamin Rein, 13, dan Vivian Lake, 10. Tom turut memiliki seorang lagi anak lelaki bernama John Edward, 16, hasil perkongsian hidupnya dengan aktres Bridget Moynahan.

 

Foto: Getty Images

Baca: Kata-Kata Manis Gisele Bundchen Buat Suaminya