Pengalaman Iftar Gabungan Citarasa Nusantara & Timur Tengah
Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup m...
Read Full BioHilton Petaling Jaya menawarkan bufet iftar yang menggabungkan hidangan Nusantara dan Timur Tengah dalam suasana penuh kebersamaan.
Bersempena bulan Ramadan 2026, Hilton Petaling Jaya menjemput tetamu untuk menghidupkan kembali erti kebersamaan menerusi bufet istimewa bertemakan “Citarasa Nusantara ke Timur Tengah” di restoran Paya Serai. Menggabungkan hidangan kegemaran rakyat Malaysia dengan sentuhan terpilih dari Timur Tengah, pengalaman berbuka puasa ini menjanjikan kepelbagaian rasa yang unik dan memikat selera.

Konsep bufet tahun ini direka khas untuk menggalakkan tetamu berkumpul, mengeratkan silaturahim dan menikmati masa berkualiti bersama keluarga, rakan-rakan serta rakan sekerja. Suasana Paya Serai yang selesa menjadikan ia lokasi ideal untuk berbuka puasa sambil meneroka pelbagai stesen masakan. Antara tarikan utama termasuk Kambing Madu Guling, Sup Tulang Kambing, serta hidangan tradisional tempatan seperti BBQ Short Rib Dendeng yang dimasak perlahan dengan perapan istimewa.
Dari sentuhan Timur Tengah pula, tetamu boleh menikmati pilihan kebab seperti Iskender Kebab dan Begendili Kebab Ayam, selain Shawarma Ayam yang berempah dan berjus. Stesen pembuka selera menawarkan seleksi seperti Hummus, Baba Ganoush, Tzatziki Salsa, Tabouleh bersama roti Lebanon yang dibakar segar.


Bagi pencinta manisan, nikmati Baklava dengan lapisan pastri rangup berinti kekacang dan sirap wangi, serta Dondurma (ais krim Turki) yang unik teksturnya. Lebih istimewa, terdapat juga Daily Fresh Durian on Wheels yang menyajikan durian tempatan segar bermula jam 8.30 malam, dan melengkapkan pengalaman juadah dengan secawan Turkish Coffee yang aromatik.


Bufet makan malam Ramadan ditawarkan pada harga RM178 nett bagi dewasa dan RM89 nett bagi kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun dari 19 hingga 22 Februari serta 19 hingga 20 Mac 2026, tanpa sebarang diskaun sepanjang tarikh ini. Manakala dari 23 Februari hingga 18 Mac 2026, harga bermula dari RM228 nett bagi dewasa dan RM114 nett bagi kanak-kanak, lengkap dengan keistimewaan tambahan untuk tetamu yang menjamu selera dalam tempoh tersebut.
Buat ahli Hilton Honors, mereka layak menikmati penjimatan sebanyak 10%, namun tawaran ini tidak boleh digabungkan dengan promosi lain. Selain itu, tawaran “early bird” sebanyak 20% disediakan untuk tempahan melalui SevenRooms dengan bayaran deposit 50%, terhad kepada 200 tetamu pertama bagi setiap tarikh makan. Kadar istimewa turut ditawarkan untuk kumpulan 30 orang dan ke atas sepanjang tempoh 23 Februari hingga 18 Mac 2026.
Bagi mereka yang menginginkan suasana lebih eksklusif, bilik makan peribadi turut disediakan dengan caj tambahan. Pakej ini termasuk hidangan pembuka selera Iftar dan menara minuman, pada harga RM300 nett untuk sehingga 10 orang dan RM600 nett untuk sehingga 14 orang.
Dengan gabungan cita rasa tradisional dan elemen Timur Tengah, pengalaman berbuka puasa di Hilton Petaling Jaya tahun ini bukan sekadar tentang makanan, tetapi tentang meraikan kebersamaan dan mencipta kenangan manis sepanjang bulan yang penuh keberkatan.
Artikel Berkaitan: Buffet Ramadan Terbaik Sekitar Lembah Klang 2026 Untuk Pengalaman Berbuka Paling Eksklusif
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
