fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Billie Eilish Dedah Inspirasi Gaya Rambut Terbaharu
Pasangan Zodiak Yang Serasi: Kadang Jodoh Kita Memang Ikut Bintang
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di China House
Barisan Selebriti & Kerabat Diraja Britain Yang Bergelar Rakan Baik
Olimpik Tokyo: Apa Isu Simone Biles Sehingga Menarik Diri?
Home > Gaya Hidup > Kehidupan Serba Mewah Ronaldo & Georgina Rodriguez Di Riyadh

Kehidupan Serba Mewah Ronaldo & Georgina Rodriguez Di Riyadh

Tahun 2022 memahat detik hitam buat pemain bola sepak tersohor Ronaldo, teman wanitanya Georgina Rodriguez dan anak-anak mereka.

Pada bulan April Georgina melahirkan sepasang anak kembarnya bersama Ronaldo, bagaimanapun hanya seorang sahaja yang hidup dan diberi nama Bella Esmerelda. Pempengaruh media sosial itu meluahkan keperitan yang dialaminya dalam I Am Georgina musim kedua yang disiarkan baru-baru ini.

Memasuki tahun 2023, Ronaldo membawa Georgina dan lima anaknya iaitu Cristiano Jr, pasangan kembar Eva dan Mateo, Alana serta Bella berpindah ke negara Timur Tengah, Arab Saudi. Perpindahan itu adalah sebahagian daripada perjanjian penting yang ditandatangani Ronaldo bersama kelab bola sepak Al-Nassr. Menurut Sporting News, dia menjana pendapatan melebihi RM938 juta setahun dengan kontrak selama dua tahun enam bulan.

Jadi bagaimana kehidupan Ronaldo & Georgina selepas beberapa bulan menetap di Arab Saudi?

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Memilih Penginapan Mewah Di Hotel

Ronaldo dan keluarganya menetap di hotel lima bintang Four Seasons di bangunan pencakar langit Kingdom Centre sebaik sahaja tiba di Arab Saudi. Dia dilaporkan menempah 17 bilik hotel untuk kakitangannya dan memilih penginapan paling mewah, Presidential Suite buat keluarganya. Menurut Fox Sports, dia membelanjakan RM1.32 juta sebulan hanya untuk penginapan.

Cristiano Ronaldo

Foto: The Sun

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse