Raikan Kegembiraan Lebaran Tahun Ini Dengan Baskin-Robbins X dUCk
Raikan kebahagian yang manis sempena Raya ini bersama Baskin- Robbins® dan dUCk melalui koleksi istimewa!
Baskin-Robbins®, syarikat rantaian aiskrim yang terbesar di dunia telah mengumumkan koleksi kolaborasi bersama dUCk, salah sebuah syarikat jenama fesyen Muslimah, juga dikenali dalam menggabungkan pelbagai elemen dan keunikan gaya moden serta sopan dalam dunia fesyen membawakan nikmat kegembiraaan kepada rakyat Malaysia.
Kolaborasi manis ini menampilkan edisi terhad hidangan aiskrim Baskin-Robbins® diinspirasikan daripada dUCk dan edisi terhad koleksi fesyen dUCk dan aksesori terkini menampilkan motif cetakan yang bakal membuatkan anda sekeluarga merancang persiapan awal untuk beraya!

dUCk x Baskin-Robbins® Scarf
“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan kolaborasi pertama dUCk bersama Baskin-Robbins®, jenama yang disayangi di seluruh dunia dan membawakan kegembiraan melalui perisa utama mereka. Ia merupakan pilihan saya untuk setiap majlis, yang memberikan senyuman kepada insan tersayang dan untuk diri saya sendiri. Bukan itu sahaja, ia merupakan peluang keemasan untuk dUCk menjadi jenama fesyen Muslimah dan sopan yang pertama berkolaborasi bersama Baskin-Robbins®,” kata Vivy Yusof, pengasas bersama FashionValet dan The dUCk Group.

More Eh! Family Pack , More Eh! Party Pack
Peminat aiskrim dan penggemar fesyen menanti untuk raikan kolaborasi antara Baskin-Robbins® dan dUCk, boleh mendapatkannya bermula pada hari ini sehingga 12 Mei 2022. Kolaborasi ini menampilkan koleksi istimewa dUCk scoop, a stylish dUCk cake, More Eh! Party Pack dan More Eh! Family Pack. Selain itu, cooler bag edisi terhad Baskin-Robbins® bersama dUCk akan berada di pasaran bermula 9 April 2022 di kedai Baskin-Robbins® dengan setiap pembelian mana -mana aiskrim ‘Pint’ atau ‘Quart’ daripada Baskin-Robbins®

dUCk Scoop
Sebagai sebahagian daripada kolaborasi ini, dUCk akan melancarkan koleksi tudung edisi terhad serta pakaian diinspirasikan daripada perisa aiskrim terkenal Baskin-Robbins® iaitu Baseball Nut, Pralines ‘N Cream, Strawberry Cheesecake dan Mint Chocolate Chip. Set edisi terhad dUCk x Baskin-Robbins® Body Butter & Body Scrub tercetus daripada perisa aiskrim terkenal Baskin-Robbins®, Very Berry Strawberry, Mint Chocolate Chip dan Praline ‘N Cream.
Untuk memeriahkan lagi kegembiraan, Baskin-Robbins® Single Junior scoop akan diberikan secara percuma kepada pelanggan dUCk dengan setiap pembelian Baskin-Robbins® ‘Pint’ yang dijual secara online di semua laman web e-commerce dUCk.
Artikel Berkenaan: Oh Cha Matcha: Dari Bunga Sakura Ke Limited Edition Box
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
