GLAM PERSONA: Alicia Amin The Agent Of Change - Glam Malaysia
alicia amin

GLAM PERSONA: Alicia Amin The Agent Of Change

GLAM menyunting pengantin baru ini menelusuri jiwa urban Alicia Amin tentang cinta dan perjalanan seni bergelar aktres.

Pengarah Kreatif: Aizat Aidid Pengarang Fesyen: Johan Kasim Gambar: Eric Chow Solekan: Cat Yong Dandanan: Cody ChuaTeks: Hanna B. Baju dan Aksesori: Chanel Musim Bunga 2021

alicia amin

Alicia Amin, 26, tampil fresh kala tiba di set penggambaran GLAM hari itu.. “Hey, pengantin baru!” saya menyapa Alicia. Dia tersenyum lebar menyambut sapaan saya, “OMG today is my ninth day as a wifey!” jawabnya teruja dan kami kemudian sama-sama ketawa. Ini merupakan kali kedua saya menemu bualnya sebagai wajah GLAM. Kalau dulu dia berempat menghiasi kulit majalah GLAM, hari ini tuah pengantin baru, dia tampil solo dengan ceraian mewah Chanel. Ya, dia masih Alicia yang sama, telus, urban dan outspoken namun ciri timur masih menebal pada jiwanya. Saya mencuri dengar perbualannya dengan abang GRAB rider. Biarpun rider sesat dan bertalu-talu menelefonnya, dia tetap sabar dan bicaranya tetap santun menjawab pertanyaan. Kala duduk menemu bualnya, dapat saya rasakan hujah-hujahnya mempamerkan sisinya yang lebih matang berbanding sewaktu saya mewawancaranya kalanya usia 23 sebagai salah seorang penghias kulit majalah GLAM Next Gen 2018.

 

See also
Meraikan Haruman Agung, Chanel N°5

Ditanya isu hak sama rata tidak dip- raktikkan dalam industri fesyen dan perfileman, Alicia cepat menyahut soalan ini dan bersetuju. “Ya di Malaysia jika dalam bidang modelling, obviously it is heavily dominated by women compared to men. Dari sudut bayaran pula, it is not a culture in Malaysia where we share how much we earned. Jadi saya tidak tahu rate model-model berapa mengikut kategori. Dan melihat di industri layar perak, saya setuju dengan isu diskriminasi dengan bilangan bangsa Cina dan India yang tidak banyak berbanding bangsa Melayu. Rata-rata stesen TV didominasi oleh pelakon Melayu. We are all Malaysian, notwithstanding our race and religion. Directors should be more open in casting non-malays to grace the film industry in Malaysia. Jujur saya cakap, saya pernah lihat sewaktu casting, banyak kaum bukan Bumiputera yang punya bakat-bakat yang hebat dalam lakonan, lengkap dengan fasih bertutur dalam Bahasa Melayu. Sayang jika kita tutup sebelah mata pada bakat-bakat hebat seperti itu hanya kerana berlainan bangsa.”

Alicia akui pandemik yang melanda dunia banyak membuka mata ramai pihak. Lockdown membuatkan ramai yang terjejas dari segi emosi dan salah satu faktor terbesar adalah kekangan kewangan. “This whole pandemic is something unprecedented to everybody. I myself, I have been suffering from depression and ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) for years and I’m on medication, saya kerap ada konsultasi dengan doktor. Semua orang salah tafsir dengan kesihatan mental. Jika saya tampil bahagia, tidak bermakna saya tidak mengalami kemurungan. Ia adalah satu perkara yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Ingat sesiapa yang mengalami situasi macam saya jangan takut, dapatkan pertolongan secepat mungkin. Anda tidak berseorangan. As for me, when I have to deal with those issues, I have to listen to my body, I’ve got to calm down, I can’t push myself. It is okay hari ini you rasa nak produktif, it’s okay if hari ni you nak rasa sedih, Or they are things that are haunting you malam-malam, you have this anxiety that makes you unable to sleep at night. Go and see a therapist. Sekarang sudah alaf 2021, tak kisah lah keluarga atau teman-teman kata ‘orang gila sahaja pergi therapist’ mental health is really important. If you go via the correct channel and keep a healthy lifestyle you will definitely manage your mental health better.

See also
“Saya sentiasa merasakan kami seperti berada di dalam sebuah sarkas.” – Jordan Alexander Daripada Siri ‘Gossip Girl’ Baharu

Baca lanjut dalam GLAM April 2021.

Pautan Berkenaan: GLAM Persona: Nora Danish Reborn