10 Tip Hubungan Mesra Suami Dan Isteri Kekal Lama
hubungan mesra

10 Tip Hubungan Mesra Suami Dan Isteri Kekal Lama

Hubungan mesra suami dan isteri ini haruslah dipupuk dan sentiasa kekal marak walaupun usia perkahwinan sudah berlanjutan. GLAM kongsikan tip terbaik dalam mengekalkan rasa bahagia bagai baru mula bercinta! 

Semakin hari, semakin banyak isu-isu rumah tangga yang melibatkan penceraian berlaku. Tidak kira buat pasangan muda mahupun mereka yang sudah lama berkahwin. Sesungguhnya keputusan untuk berkahwin adalah sebuah keputusan yang harus dipandang serius. Dan sekiranya, sudah bersedia, barulah ikatan itu harus diikat dengan utuhnya.

hubungan mesra

Bukan itu sahaja, setiap perhubungan tidak akan lari daripada dugaan. Setiap dugaan haruslah dijalani dengan cekal dan tenang. Yang paling penting, perlulah ada kesefahaman antara kedua-dua pihak baik si suami mahupun sang isteri.

Hubungan mesra antara suami dan isteri memerlukan komunikasi yang baik, pengertian, dan usaha bersama.

Ikuti Langkah Ini Untuk Mengekalkan Hubungan Mesra Antara Suami dan Isteri

1. Komunikasi Terbuka

Berbicaralah secara terbuka dan jujur mengenai perasaan, keperluan, dan harapan anda. Jika berlaku pergaduhan, dengarlah pasangan anda dengan penuh perhatian dan berusaha untuk memahami pandangan mereka.

See also
Anna Jobling Pintas Ariana Grande Dalam Senarai 100 Wanita Tercantik 2023

2. Hormati dan Hargai

Hargailah pasangan anda sebagai individu yang unik dengan pandangan, keperluan, dan keinginan masing-masing. Sebagaimana anda menghargai rakan-rakan, sebegitulah juga anda harus menghargai pasangan. Malah lebih! Berikan perhatian dan penghargaan kepada mereka. Sekali-sekala, hargai mereka dengan hadiah kasih-sayang kepada mereka. Selain itu, beri juga tanda hormat kepada pendapat dan keputusan pasangan anda.

3. Waktu Bersama

Sesungguhnya ini paling penting sekali. Sediakan masa berkualiti bersama-sama tanpa gangguan bagi mempereratkan lagi hubungan. Ambil peluang pada hujung minggu untuk lakukan aktiviti yang disukai oleh si suami dan isteri. Tanya pada pasangan, apa yang disukainya dan bawa si dia melakukan aktiviti yang disukai dia.

hubungan mesra

4. Hubungan mesra, Sentuhan dan Kasih Sayang

Sentuhlah dan berikan kasih sayang secara berkala. Jangan asyik menyibukkan diri dengan kerja sehingga pulang lewat meninggalkan si dia yang menunggu anda pulang sepanjang malam. Bukan itu sahaja, setiap kali anda memandang si dia, ungkapkan cinta dan penghargaan anda secara terbuka. Pastikan si dia ‘rasa’ kasih sayang yang jujur daripada anda juga.

See also
Korner Mak Datin: Angkara suami kaki skandal, Datin menipu menutup malu

5. Berlaku Bijak dalam Bertelagah

Hadapi konflik dengan bijak dan rasa bertanggungjawab. Semestinya sikap bertolak-ansur amat penting dalam setiap perhubungan lebih-lebih lagi di dalam aspek rumah tangga. Hindari pertengkaran yang melibatkan kata-kata yang menyakitkan. Kadang-kala, bergaduh itu sekadar perkara yang kecil sahaja, namun kata-kata yang dikeluarkan sebenarnya lebih menusuk jiwa. Jadi, pastikan pertelagahan itu tidaklah keterlaluan dan berlanjutan.

6. Bina Kepercayaan

Kepercayaan sangat penting dalam rumah tangga. Namun, kepercayaan datang dengan kejujuran. Jangan sekali-kali mengkhianati kepercayaan pasangan anda. Bina kepercayaan melalui tindakan dan kata-kata yang konsisten. Sesungguhnya itulah rahsia hubungan mesra kekal lama.

7. Berkongsi Tanggungjawab

Memang tanggungjawab seorang suami adalah memberi nafkah serta menyediakan segala-gala keperluan. Namun, isteri juga memiliki tanggungjawabnya yang tersendiri. Berkongsi tanggungjawab dalam kehidupan seharian, termasuk menjaga anak, menguruskan rumah, dan memikul beban hidup bersama-sama adalah antara amalan yang baik untuk diamalkan bersama.

8. Terus Berkembang Bersama

Sama-sama berkembang dan mengalami perubahan dalam hubungan serta kehidupan peribadi. Jangan biarkan sekadar satu pihak sahaja yang punya perubahan positif di dalam hubungan. Pastikan kedua-dua punya gol dan misi positif dalam mengekalkan hubungan baik dan mesra dalam membina keluarga. Bukan itu sahaja, dukung dan galakkan pasangan untuk mencapai matlamat peribadi dan bersama.

See also
Zendaya & Tom Holland: Cinta Sejati Atau Taktik Promosi Filem?

9. Bersikap Terbuka terhadap Perubahan

Jangan bersikap selfish di dalam perhubungan. Terima kenyataan bahawa hubungan akan mengalami perubahan dan sikap terbuka terhadap perkembangan tersebut. Sesuaikan diri dengan perubahan dan berkongsi perasaan serta keperluan baru.

Hubungan Mesra

10. Buat Kejutan dan Sentiasa Menghargai

Antara yang diminati si isteri dan suami. Ini juga mampu menyemarakkan lagi hubungan mesra setiap pasangan. Berikan kejutan kecil atau tanda kasih sayang tanpa sebab tertentu. Sentiasa menghargai usaha dan pengorbanan pasangan anda.

 

Gambar: Pexels