Tiguan Allspace #SUVW Buat Semua

Tiguan Allspace #SUVW Buat Semua

#SUVW Mountain Run membawakan pengamalan pemanduan jentera Tiguan Allspace generasi terkini yang dilengkapi dengan suite baharu.

Lebih daripada sekadar reka bentuk juga prestasi, Tiguan Allspace adalah satu kenderaan utiliti sukan termoden dalam menepati cabangan gaya hidup terkini.

pengarang gaya hidup ZUHAIRIE SAHROM foto VOLKSWAGEN MALAYSIA

Menampilkan susuk eksterior yang tampil lebih segar, Tiguan Allspace bersedia untuk mengukuhkan posisinya sebagai SUV Volkswagen terlaris di dunia, dengan lebih daripada 6 juta unit terjual setakat ini.

Lebih daripada susuk rekaannya yang juga memeluk kecanggihan teknologi terkini, Volkswagen Tiguan Allspace tersedia dalam tiga varian – Life, Elegance dan R-line bagi memastikan terdapat jentera #SUVW buat semua sambil tidak mengetepikan prestasi serta kepraktisan yang hebat.

Reka bentuk facelift baharunya dan paparan gril yang tampil agresif berserta lampu hadapan anggun mengapit jaluran lampu signatur Volkswagen di antara lampu utama LED.

Ia juga ditampilkan dengan konfigurasi tujuh-tempat duduk, dengan ruang but berkapasiti 1,775 liter, di mana barisan kedua dan ketiga boleh dibaringkan sepenuhnya. Secara tidak langsung, mengekalkan satu elemen penting dalam mengekalkan kredibilitinya sebagai sebuah SUV unggul.

See also
GLAM VIP: An Evening With GLAM & Volkswagen

Tiguan Allspace #SUVW Buat Semua

Rangkaian Tiguan Allspace bermula dengan varian Life, tampil dengan tanda harga mampu milik pada RM159,990. #SUVW di peringkat permulaan ini dikuasakan oleh enjin 1.4 liter pengecas turbo empat-silinder yang boleh menghasilkan 150 PS dari 5,000 hingga 6,000 rpm dan tork 250 Nm antara 1,500 sehingga 3,500 rpm. Dipadankan dengan transmisi dwi-klac DSG tujuh-kelajuan, dengan pacuan disalurkan ke roda hadapan.

Kehadiran Elegance pula merangkap varian tahap pertengahan siri Tiguan Allspace, boleh didapati pada harga RM188,990. Ia dikuasakan oleh kombo yang sama dengan varian Life. Namun, ia diberi kemasan sisi khusus ‘Allspace’ dan cermin sisi dicat krom bagi menyerlahkan lagi penampilan luarannya.

Demikian kanda kepada keluarga #SUVW ialah Tiguan Allspace R-Line 4MOTION. Dijual pada harga pemulaan RM235,990, varian R-Line 4MOTION meningkatkan prestasi di jalanan dengan enjin 2.0 TSI dengan 220 PS dan 350 Nm tork. Enjin pengecas turbo dipasangkan dengan DSG tujuh kelajuan dan kuasa dipindahkan ke permukaan melalui sistem pacuan semua roda 4MOTION untuk cengkaman dan kawalan yang lebih mantap.

See also
Butik 30 Montaigne, Menghimpunkan Semula Aspirasi Dior

Untuk ruang kabin pula, Tiguan Allspace mendapat ciri sistem infotainmen Discover Pro bersaiz 9.2 inci yang menyokong sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, arahan suara, sistem navigasi terbina, serta sistem pembesar suara Harman Kardon menerusi model R-Line.

Roda stereng sports kini boleh dioperasikan melalui butang kawalan haptik, diikuti dengan tempat duduk berventilasi (ciri penyejukan dan pemanasan), serta butang-butang kawalan yang telah dinaiktaraf.

Aspek keselamatan dipertingkatkan dengan penambahan sistem Lane Assist secara standard untuk kedua-dua model Elegance dan R-Line 4MOTION, selain ciri seperti enam beg udara (tujuh untuk varian R-Line), ABS, bantuan brek, kawalan kestabilan elektronik, sistem kawalan brek berbilang pelanggaran, sistem maklum balas pelanggaran pintar (ICRS). Tidak terhenti di situ, Varian R-Line 4MOTION turut ditampilkan ciri tambahan seperti bantuan menurun cerun.

Pautan berkaitan: Pengalaman Pemanduan Yang Personal, Berkuasa & Anggun Bersama Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION Baharu.