Jenis Rehat Anda Perlu Cuba Agar Tubuh & Minda Lebih Segar

7 Jenis Rehat Setiap Wanita Perlu Tahu, Anda Mahu Yang Mana?

Apabila kita sangat letih atau burnout, kita akan cuba tidur dengan lebih lama. Namun sebenarnya, ramai tidak tahu bahawa ada tujuh jenis rehat berbeza selain tidur yang setiap individu perlukan.

Berehat dengan betul mampu menenangkan minda, fizikal dan emosi diri malah ia juga membenarkan badan dan minda pulih daripada tekanan harian. Selain daripada pemakanan yang betul serta senaman, berehat juga memainkan peranan penting dalam kesihatan diri.

Namun begitu, ada yang salah anggap bahawa berehat adalah tidur semata-mata. Menurut Dr. Saundra Dalton-Smith, penulis buku Sacred Rest: Recover Your Life, Renew Your Energy, Restore Your Sanity, ada tujuh jenis rehat yang diperlukan oleh badan dan minda anda. Jenis jenis rehat ini membantu kita untuk hidup dengan lebih seimbang dan mengembalikan tenaga dalam diri.

Tujuh jenis rehat yang anda perlu tahu termasuk rehat fizikal, rehat mental, rehat sensori, rehat emosi, rehat sosial, rehat kreatif, dan rehat rohaniah.

7 Jenis Rehat Setiap Wanita Perlukan

Ambil masa untuk lakukan jenis jenis rehat ini sekerap yang boleh agar diri anda akan lebih segar dan bertenaga untuk melakukan aktiviti atau kerja seterusnya. GLAM jelaskan lebih lanjut jenis rehat ini dan apa yang anda boleh lakukan.

1. Rehat fizikal

jenis rehat

Foto: Freepik

Yang paling jelas dan diketahui umum adalah berehat secara fizikal dan ini membenarkan tubuh anda masa untuk recover selepas seharian bekerja ataupun melakukan apa sahaja aktiviti. Tidur yang cukup pastinya komponen yang paling penting dalam jenis rehat fizikal ini kerana ia membenarkan otot, organ dan sistem imun anda memulih dan menjana semula.

See also
Mariah Carey Beri Amaran Kepada Lionel Richie

Namun begitu rehat fizikal juga melibatkan aktiviti seperti yoga, stretching, meditasi ataupun berurut. Aktiviti aktiviti penting kerana ia mampu mengurangkan tekanan dan tegangan fizikal. Tanda tanda yang menunjukkan bahawa anda perlukan rehat fizikal adalah sakit badan termasuk kaki kejang selepas duduk terlalu lama ataupun belakang tidak selesa tanpa sebab.

2. Rehat mental

Fikiran kita sentiasa aktif dengan memproses maklumat, menyelesaikan masalah, dan membuat keputusan. Jenis rehat mental ini sebenarnya melibatkan berehat daripada aktiviti kognitif untuk mengisi semula tahap stimulasi mental anda.

Untuk rehat secara mental, anda perlu jauhkan diri sebentar daripada teknologi, elak media sosial atau melibatkan diri dalam hobi yang memerlukan usaha mental yang minimum agar anda dapat rehat mental secukupnya.

Mereka yang sukar tidur malam kerana ada banyak perkara yang difikirkan, mereka yang sukar untuk ingat dan menumpu kepada sesuatu perkara ataupun mereka yang cepat lupa adalah individu yang amat memerlukan rehat mental ini. Turn that noise off for a better you!

3. Rehat sensori

Foto: Freepik

Kita hidup dalam dunia yang penuh dengan rangsangan seperti skrin telefon, perbualan, lampu, muzik, bunyi trafik, bahkan bunyi kanak-kanak menjerit. Rehat sensori melibatkan pengurangan input sensori untuk agar deria deria anda ini berehat sebaik mungkin.

Ada beberapa cara untuk rehat sensori ini termasuk meluangkan masa dalam persekitaran yang tenang tanpa gangguan, matikan telefon bimbit, berendam air panas, elak menggunakan telefon 45 minit sebelum tidur ataupun menarik nafas dengan panjang.

See also
10 Soalan Tentang Hari Berbahagia Alicia Amin

4. Rehat emosi

Jenis rehat emosi pula merujuk kepada perasaan kita apabila kita dapat menjadi jujur dengan diri sendiri dan kongsi emosi tanpa batasan. Ada sesetengah daripada kita menyimpan emosi sendirian kerana kita tidak mahu menyusahkan orang lain. Rehat emosi sebenarnya sangat penting untuk mengekalkan kesihatan mental yang baik. Ia melibatkan mengenali dan menangani emosi anda dengan baik, bukannya simpan dalam hati sahaja.

Apa yang anda perlu lakukan ialah bercakap tentang isu yang membelenggu diri dengan rakan rakan yang dipercayai, menulis jurnal, atau mendapatkan terapi profesional. Ini membolehkan anda memproses dan melepaskan perasaan terpendam, serta mengurangkan keletihan emosi.

Adakah anda sentiasa berhati hati apabila berkongsi emosi anda dengan seseorang? Ataupun adakah anda terpaksa berpura pura tentang perasaan kerana mahu menjaga hati? Jika anda menjawab ya, ini bermakna anda amat memerlukan rehat emosi ini.

5. Rehat sosial

Foto: Freepik

Adakah anda seorang introvert atau extrovert? Apakah perasaan anda selepas meluangkan masa dengan orang lain? Adakah anda rasa lebih bertenaga ataupun anda rasa sangat penat? Dengan memahami tahap tenaga sosial kita, ini akan membantu kita untuk memahami bila rehat sosial diperlukan.

Rehat sosial melibatkan anda meluangkan masa bersendirian, elak aktiviti sosial, hanya meluangkan masa dengan keluarga atau rakan rakan rapat, ataupun praktis self-care. Apa jua pilihan anda, pastikan anda pilih yang anda paling suka.

Ini kerana apabila kita berehat secara sosial dengan baik, kita memberi diri sendiri masa untuk recharge dan mengekalkan batas emosi kita. Penting untuk kita lakukan ini agar kita tidak terlalu push diri sendiri untuk menjadi sosial, bahkan ia juga bagus untuk mengekalkan hubungan lebih baik dengan orang lain.

See also
Melania Trump Muncul Dengan Rekaan Ralph Lauren

6. Rehat kreatif

Bagi mereka yang bekerja dalam industri kreatif, jenis rehat kreatif sangat diperlukan. Kreativiti memerlukan inspirasi dan jika anda sentiasa cuba memaksa diri untuk berkreatif tanpa rehat, ini boleh menyebabkan burnout dengan pantas.

Pernahkah anda bergelut dengan writer’s block, tidak dapat keluarkan idea baru ataupun idea yang dikeluarkan sudah lapuk? Jika ya, anda perlu berehat seketika. Mungkin anda boleh meminta pertolongan orang untuk projek terkini anda ataupun libatkan diri dengan inspirasi baru tanpa rasa tertekan untuk lakukan sesuatu.

Anda juga boleh pergi bercuti (tutup telefon dan laptop daripada kerja buat seketika), ataupun lakukan hobi baru untuk kurangkan tekanan. Apabila minda dapat rehat yang secukupnya, anda akan dapati idea akan mencurah curah kembali.

7. Rehat rohaniah

Tubuh dan minda kita sangat memerlukan rehat rohaniah. Ia melibatkan berhubung dengan diri sendiri, mencari maksud hidup, berdoa ataupun meditasi. Kadang kala kita “sesat” dalam perjalanan hidup dan mahu mencari tujuan hidup kembali.

Jadi kami galakkan untuk anda melakukan aktiviti seperti solat, meditasi ataupun melakukan aktiviti riadah di alam semula jadi untuk rehat ini. Sebaik sahaja anda sudah lakukan jenis rehat ini, anda akan dapati diri rasa lebih fulfilled dan grounded.

Foto Freepik

Artikel berkaitan: 5 Cara Merawat Mata Letih Setelah Seharian Bekerja!