Senaman Yoga Untuk Tulang Belakang

Senaman Yoga Untuk Tulang Belakang

Man sitting on bed doing yogaGambar: INGimage

 
Pasti anda pernah merasai sakit belakang. Ada masanya sakit itu sekejap sahaja dan kadangkala ia berlarutan. Jika tidak dirawat, sakit belakang boleh menyebabkan penyakit dipanggil  “Degenerative Spinal Disorders’ dan pesakit boleh lumpuh atau hilang upaya. Sakit belakang tidak mengenal jantina atau usia. Walau bagaimanapun, selain daripada minum susu yang kaya sumber kalsium, ada senaman yang boleh anda amalkan untuk tulang belakang yang sihat. Yoga antara senaman selamat dan ikuti paparan langkah senaman yoga untuk tulang belakang.
 
1. Plank Pose
Gaya ini menyediakan anda sebelum memulakan pergerakan daripada pusat bagi mengkoordinasi pergerakan dan pernafasan. Jangan kunci bahu dan biarkan ia dalam keadaan membulat. Pastikan badan tidak terlalu ke belakang apabila meluruskan tangan. Luruskan tangan dan biar kepala ke bawah untuk mengelakkan daripada terseliuh. Lipat perut ke dalam dan naikkan punggung selaras bahu.
 
2. Downward Facing Dog
Tangan dan lutut anda ke bawah. Lutut perlu di bawah punggung dan tangan belakang sedikit dari bahu. Tarik nafas dan angkat lutut dari lantai. Luruskan tumit kaki dan lipat perut ke dalam. Gaya ini secara tidak langsung membahagikan berat sama banyak ke lengan dan kaki.
 
3. Standing Back Flat Pose
Gaya ini melibatkan dua otot besar yang penting. Di mana otot ini yang menyokong tulang belakang. Selain tulang belakang, gaya senaman ini dapat menjaga saraf agar menjadi sihat. Luruskan kaki dan bengkokkan badan sambil tangan diluruskan ke depan. Pastikan kepala menghadap ke bawah untuk mengelak kekejangan otot pada bahu.
 
Kemudian, bengkokkan lutut. Pastikan perut menghala ke paha dan bahagian belakang lurus serta kepala masih menghadap ke bawah. Gaya senaman ini bukan saja baik untuk tulang belakang, malah bagus untuk menguatkan lutut. Lebih rendah anda lakukan, lebih baik.
 
4. Boat Pose
Luruskan teras badan. Dada ke atas dan bahu ke belakang. Naikkan dan renggangkan kaki serta tangan bersama. Tarik nafas dari perut dan keluar scara perlahan-lahan untuk mengekalkan ketenangan. Senaman ini menguatkan otot perut, kaki dan bahagian tulang belakang. Ia juga mendatangkan faedah kepada buah pinggang, kelenjer tiroid, prostat dan merawat masalah usus.
 
5. Counter Pose
Gaya yoga ini merenggangkan tulang belakang dalam posisi berlawanan daripada gaya sebelumnya atau mengembalikan tulang belakang ke posisi biasa. Gaya ini tidak mendatangkan kesakitan tetapi memperbaiki masalah tulang belakang. Pastikan anda berhati-hati ketika memusing dan kaki mencecah lantai. Tangan ke depan dan menyentuh kaki serta ibu jari menunjuk ke lantai.
 
 

See also
GLAM Lelaki April 2015