GLAM LELAKI PROMOSI - MEI 2016 - Glam Malaysia

GLAM LELAKI PROMOSI – MEI 2016

 *klik tab di bawah untuk menyertai promo*

Tempoh penyertaan : 1 – 31 Mei 2016

_______________________________________________________________________________________________

[tab: BODYTONE]

Menang!
7 x Pakej Kecergasan Bodytone bernilai
RM5,633 kesemuanya

 

Kuasa Vibration Training Bodytone

Bodytone merupakan kelas latihan kecergasan khusus untuk memenuhi keperluan anda tanpa mengira tahap kecergasan. Kelas latihan kecergasan ini boleh dilakukan secara persendirian atau berkumpulan di mana pergerakan anda akan dibimbing oleh jurulatih profesional. Keistimewaannya, setiap langkah pergerakan anda akan dilakukan di atas Power Plate® sambil diiringi muzik rancak.
 
Whole Body Vibration (WBV) Training atau Acceleration Training™ merupakan senaman konvensional yang diperbaharui dengan menggabungkan teknologi gegaran menerusi Power Plate®. Getaran yang dihasilkan melalui Power Plate® ini mewujudkan persekitaran mikro yang memberi tekanan semula jadi ketika melakukan pergerakan bagi menstabilkan badan.
 
Hampir 95 peratus dari jumlah otot di badan anda bergerak semasa latihan, dapat membakar hampir 500 kalori hanya dalam masa 45 minit! Hasil tekanan daripada Acceleration Training™ ini dapat membantU meningkatkan daya kekuatan otot serta kepadatan mineral dalam tulang.

__________________________________________________________________________________________________________________

Click here if you have issue accessing the promo form above

[tab: DAVIDOFF]

Menang!
20 x Wangian Davidoff Brilliant Game EDT 100ml
bernilai RM299

FASFSF

THE GAME IS ON!
Davidoff memperkenalkan rangkaian wangian lelaki Davidoff The Brilliant Game yang diinspirasikan daripada seorang lelaki yang dikagumi dan memiliki keyakinan yang tinggi. Menurut penciptanya, Jacques Huclier, wangian Davidoff The Brilliant Game akan menimbulkan aura luar biasa di samping menjadikan si pemakai tampak berkarisma dan menarik.

 
Keaslian wangian kayu oriental yang digabungkan bersama wangian segar koktel Americano, ekstrak minyak lemon, sage, orange blossom serta kayu cedar menaikkan lagi aroma kejantanan Davidoff. Nota coumarin dan karamel daripada kacang Tonka pula menambahkan wangian herbal lembut di dalam setiap semburan. Di samping wangiannya yang menarik, Davidoff menerapkan reka bentuk lucky coin dan cip emas pada The Brilliant Game yang menggunakan simbolik flacon dan gema lampu kasino.

See also
Pandangan Terbuka: Mahasiswa Moden

__________________________________________________________________________________________________________________

Click here if you have issue accessing the promo form above

[tab: URBAN RETREAT SPA]

Menang!
 19 x Rawatan Spa Power Muscle Fix bernilai RM289

FDAFDSF

 

Kuasa Rawatan Rejuvenasi Otot
 
Urban Retreat Spa menawarkan rawatan spa yang dapat memenuhi keselesaan anda di samping suasananya yang mendamaikan khas buat pelanggan yang ingin merehatkan minda dan badan serta berhubung semula dengan kehidupan seharian.
 
Power Muscle Fix (120 minit) Sesuai buat anda yang sentiasa kekal aktif, rawatan spa Power Muscle Fix ini merupakan urutan klasik yang tertumpu pada kawasan bahagian badan yang memerlukan perhatian. Urutan selama 120 minit ini dapat melegakan anda daripada stres di samping meningkatkan serta mengembalikan keanjalan otot. Hasilnya, rawatan ini dapat melegakan badan daripada keletihan, ibarat memberikan anda tenaga baru. Layari Facebook UrbanRetreatSpa untuk mendapatkan maklumat lanjut serta pakej-pakejlain yang menarik.
__________________________________________________________________________________________________________________


Click here if you have issue accessing the promo form above