G-Dragon Dilantik Sebagai Professor Khas di KAIST, Korea
Bukan sahaja menjadi figura inspirasi daripada segi muzik dan fesyen, G-Dragon juga membuka jalan kejayaan menerusi pendidikan.
Ikon fesyen dan ketua kepada kumpulan terkenal Korea Selatan, Big Bang, G-Dragon telah dilantik sebagai profesor khas di universiti berprestij di Korea, Korea Advanced Institute of Science & Technology atau dikenali sebagai KAIST. G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji-Yong sekali lagi membuktikan bahawa dia ialah seorang idola genius dalam pelbagai bidang.

G-Dragon yang dianugerahkan sebagai profesor khas di KAIST pada 5 Jun 2024 yang lalu, akan berkhidmat dalam memberi kuliah tentang kepimpinan buat pelajar kursus kejuruteraan mekanikal selama 2 tahun. Untuk pengetahuan semua, KAIST merupakan universiti pertama yang berlandaskan kursus kejuruteraan dan sains di Korea Selatan. KAIST juga berada di tempat ketiga di Korea Selatan sebagai universiti terbaik di negara itu. Ketua kumpulan Big Bang itu juga akan bertanggungjawab dalam menguruskan aktiviti melibatkan budaya sambil mempromosi KAIST ke luar negara. Dengarnya, akan ada persembahan yang menarik dan dinanti-nantikan pada tahun ini di KAIST.

“Ianya satu penghormatan besar dipilih menjadi professor khas di KAIST, tempat dimana terletaknya ramai genius saintifik.” Kata G-Dragon ketika rancangan bual bicara Innovative Korea 2024 bersama presiden KAIST, Lee Kwang-hyung yang berlangsung pada 5 Jun yang lalu. Innovative Korea 2024 ialah satu rancangan bual bicara yang dihoskan oleh KAIST. G-Dragon, Choi Yong-ho, Presiden kepada Galaxy Corporation dan Lee Kwang-hyung Presiden KAIST turut dijemput ke rancangan itu. Mereka berbincang tentang teknologi masa hadapan berkaitan dengan artificial intelligence (AI) dan juga K-pop. G-Dragon juga sempat memberi spoiler tentang rencana comeback solonya, setelah 7 tahun.
https://www.instagram.com/p/C2O9jLjPRct/?img_index=1
Ini bukanlah pertama kali KAIST menjemput seseorang daripada industri hiburan untuk bekerjasama. Sebelum ini, Lee Soo-man daripada SM Entertainment juga pernah menjadi jemputan KAIST untuk bercakap tentang industri hiburan di Korea Selatan.
Gadis Malaysia Memberi Ucapan Di Innovative Korea 2024
Pada hari yang sama, seorang gadis dari Malaysia, Nura Ezzatie, turut dijemput oleh TikTok Korea dan Herald Corporation menjadi wakil daripada Malaysia sebagai panel di Herald Business Forum, Innovative Korea 2024. Nura sememangnya terkenal di TikTok kerana kemahirannya berbahasa Korea. Pempengaruh TikTok ini juga seringkali dilihat membuat konten bercakap di dalam bahasa Korea, melakukan aktiviti hariannya.
Artikel Berkaitan
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pasangan Makin Dingin? Ini Cara Hangatkan Hubungan Semula
Pilihan Bacaan Seterusnya
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
