Sejenak Bersama Tengku Chanela Jamidah - Glam Malaysia
Sejenak Bersama Tengku Chanela Jamidah

Sejenak Bersama Tengku Chanela Jamidah

Inner Peace – Itulah yang menjadi kebanggaan Tengku Chanela Jamidah bila disoal mengenai pencapaian terbaiknya sehingga kini. Baca temubual eksklusif GLAM selanjutnya.

Walau sibuk dengan jadual padat, Tengku Chanela Jamidah masih sempat meluang masa menjawab 10 soalan yang GLAM ajukan kepadanya baru-baru ini. Figura tidak asing lagi di Malaysia, ikon fesyen dan kecantikan yang tidak memerlukan pengenalan lanjut. Tengku Chanela Jamidah, adalah juara kepada perubahan, terlibat secara aktif dalam industri fesyen dan retail pada usia muda; dia menempuh perjalanan yang membawa pelbagai kejayaan di Malaysia dan juga dunia.

Apakah perkembangan terbaru anda?
Rasa amat diberkati di mana kini saya menetap di Los Angeles dan kediaman saya hanya beberapa minit sahaja dari pantai. Anak-anak turut gembira, anak sulung saya baru memasuki sekolah menengah dan anak bongsu saya di gred dua. Saya seorang ibu tunggal yang menyenangi kehidupan saya kala ini dan bersyukur dengan kebebasan yang diberikan kepada saya dalam masyarakat yang mengangkat kreativiti, keusahawanan dan penerokaan identiti diri dan individu.

Siapa Tengku Chanela Jamidah hari ini?
Saya lebih memberi perhatian kepada tubuh dan dunia dalaman saya. Saya selalu bersikap ingin tahu dalam setiap aspek tetapi kini saya lebih memfokuskan pada diri, mengenali diri dan nilai yang saya ingin bawa ke dunia sebagai seorang individu yang asli dalam mencari kekuatan diri. Saya tidak suka melabel atau menentukan siapa saya kerana saya dengan mudah dapat menyesuaikan diri dan sentiasa mengikuti arus alam semesta.

Apakah pencapaian terbesar dalam hidup anda?
Ketenangan jiwa. Bersesuaian dengan siapa saya kala ini. Reparenting myself dan berusaha melalui semua trauma sehingga saya dapat menjadi diri saya sepenuhnya di dunia di mana rasa apathy dan kurang belas kasihan semakin berleluasa. Penting bagi kita semua untuk beringat bahawa pencapaian terbesar bukan hanya berkaitan dengan anugerah, gelaran, wang atau kemasyhuran. Apabila kita semua memilih untuk menyembuhkan diri dan hati kita sendiri, kita dapat menyumbang kepada dunia yang lebih baik dan kita semua turut menerima manfaatnya.

Apakah update terkini kerjaya anda?
I birthday my latest baby / startup Halal hemp. Satu aktiviti menarik yakni penambahbaikan dan pemulihan ganja melalui pendidikan dengan kerjasama strategik dan integrasi budaya pop. Saya menyampaikan suara kepada orang-orang timur kerana ganja telah tertanam dalam keturunan dan budaya kita dan banyak kisah darinya yang boleh dikongsi bersama. Saya juga sedang bersiap untuk acara panel pertama saya di LA, menyatukan team dan mencari masa untuk sentiasa hadir di pusat kesihatan saya, JIWA.

Apa yang biasanya anda lakukan pada masa lapang?
Saya menggemari muzik, dan rentak yang menjadi kegemaran saya sekarang adalah Afro. Berada di khalayak ramai sambil menari bebas bersama orang lain dalam masa yang sama menghayati frekuensi yang sama. Saya juga suka mendaki dan bersiar-siar. Apatah lagi, trail dan berjalan-jalan di tepi pantai, menikmati alam semula jadi dan keindahaan California. Saya turut mendedahkan anak-anak saya kepada alam agar mereka memahami dan menghargai keistimewaan Bumi ini.

Langkah yang diambil untuk kekal tenang walaupun tertekan sepanjang pandemik?
Saya amat komited dengan latihan meditasi. Ada ketika saya akan memastikan saya mengisi semula masa untuk diri dengan memutuskan hubungan dengan manusia dan teknologi seketika. Saya perlu banyak masa bersendirian dan bantuan ganja untuk kesejahteraan dan menggunakannya untuk mengurus corak tidur dan bila-bila masa saya merasa cemas.

Apakah ketidakadilan terbesar yang dialami?
There’s been a couple that have been very traumatic but at the same time, I don’t dwell on it. Apa yang saya tidak boleh ubah, saya lepaskannya.

Apakah sifat terbaik anda?
Hati saya dan apa yang keluar daripadanya. Belas kasihan, kebaikan, perhatian dan kasih sayang.

Apakah cabaran terbesar yang pernah anda hadapi?
Berhadapan dengan kesedihan.

Sekiranya anda dapat mengubah satu perkara, apakah ia?
I’d reprogram our hearts.

Apakah soalan yang sering dikemukakan kepada anda?
Sejak saya pindah ke Amerika Syarikat, “Mengapa nama anda begitu panjang, bagaimana menyebutnya?”

Apakah kegagalan terbesar anda? Bagaimana anda belajar dari kegagalan itu?
Saya tidak melihat apa-apa sebagai suatu kegagalan. Saya sering melihatnya sebagai peluang untuk saya belajar menjadi versi yang lebih baik. Kita hanya manusia biasa yang akan melakukan kesilapan dan kita harus memaafkan diri sendiri, tetapi dalam masa yang sama perlu bijak untuk tidak mengulanginya.

Siapa yang paling mengenali anda?
Ibu dan adik-beradik saya.

Apakah crazy splurge terbaru yang tidak akan anda sesali?
Kembara ke Miami untuk ulang tahun kelahiran saya! Always experiences and not things.

Satu perkara terakhir yang akan anda katakan kepada rakyat Malaysia?
Berani untuk meluahkan apa jua yang ada di fikiran anda, terutamanya wanita. Laksanakan hak anda dan gunakan suara anda apabila berhadapan dengan perkara yang tidak adil. Sama ada untuk diri sendiri atau pun orang lain.

Pautan berkaitan: Tengku Chanela Jamidah

Penafian: Isi kandungan temubual ini adalah menurut sudut pandangan personaliti yang ditemubual dan tidak mewakili/mengambarkan pendirian GLAM mengenai isu yang dibualkan. GLAM tidak akan bertanggungjawab atas tindakan yang akan anda lakukan berdasarkan kandungan yang terdapat pada artikel di laman web ini.