Resipi Mudah Untuk Meraikan Tahun Baharu Cina - Glam Malaysia

Resipi Mudah Untuk Meraikan Tahun Baharu Cina

Marks & Spencer mempersembahkan resipi Siakap Kukus Kicap, Halia & Bawang Putih dengan menggunakan rangkaian Cook With M&S yang cepat dan mudah bersempena kedatangan Tahun Baharu Cina bersama seisi keluarga.

Tahun Baharu Cina bakal menjelma tidak lama lagi. Dalam meraikan kedatangan Tahun Lembu kali ini, Marks & Spencer mempersembahkan resipi mudah untuk disediakan untuk dinikmati bersama seisi keluarga nanti.

Dalam membantu memudahkan penyediaan jamuan bersama keluarga, Marks & Spencer menampilkan rangkaian bahan-bahan yang mudah dan cepat untuk disediakan. Hanya sempurnakan masakan anda dengan rangkaian Cook With M&S, anda dapat menyediakan sajian yang menyelerakan dengan bahan-bahan yang dapat menjimatkan masa di dapur. Lebih menyeronokan!

Resipi Siakap Kukus Kicap, Halia & Bawang Putih

Hidangan: 4 orang

Masa persediaan: 5 minit

Masa memasak: 15 minit

Bahan-bahan:

· 160g brokoli Tenderstem

· 160g kacang pea

· 1 jar (90g) Cook With M&S Soy, Ginger & Garlic Paste

· 4 filet ikan siakap

See also
GLAM PROFIL: YINN OOI

· 2 sudu besar minyak sayuran

· 2 batang daun bawang, dihiris menjadi hirisan 1 inci

· 1 sudu besar cili merah (dipotong)

· 1 sudu besar bawang putih (3-4 ulas) (dipotong)

· 1 sudu besar halia (dipotong)

· 2 sudu besar kicap soya

· 1 genggam ketumbar

Cara Masakan:

1. Panaskan ketuhar sehinnga 200°C/180°C fan/gas mark 6. Alaskan dulang pembakar dengan 2 helai kerajang aluminium, dalam bentuk bungkusan (parcel)

2. Susunkan brokoli dan kacang pea di atas kerajang aluminium. Tuangkan dua sudu kecil Cook With M&S Soy, Ginger & Garlic Paste dan 2 sudu besar air di atas sayuran.

3. Sapukan 1 sudu kecil pes pada setiap filet ikan siakap dan susunkan 2 filet secara sandwic, dengan kulit ke luar.

4. Susunkan filet ikan di atas sayuran dan perasakan dengan secubit garam.

5. Tutupkan bungkusan kerajang aluminium, lipat bahagian atas untuk menutup rapat. Masaka selama 15 minit, sehingga ikan itu masak sepenuhnya.

6. Untuk sos dressing, panaskan minyak sayuran dalam kuali sehingga panas, masukkan potongan daun bawang dan tumis selama 2 minit.

See also
Resipi Rendang Rembau Mali-Mali dari Datuk Chef Ismail

7. Apabila daun bawang itu ditumis, tambah potongan cili, halia dan bawang putih, dan masak untuk seminit.

8. Tambhkan kicap soya dan alihkan dari dapur. Tuangkan ke atas ikan siakap dan tabur daun ketumbar sebelum menghidang.

Anda boleh mendapatkan segalanya seperti coklat, minuman dan banyak lagi untuk meraikan sambutan Tahun Baharu Cina di Marks & Spencer Food Hall di seluruh negara (kecuali M&S KOMTAR JBCC). Untuk pilihan yang lebih selamat, Marks & Spencer menyediakan Personal Shopper Service dan pilihan drive-thru di sini.

Baca lebih lanjut: Mediterranean: Diet Terbaik Untuk 2021