Tiramisu Sedap & Terbaik di Lembah Klang: Senarai Pencuci Mulut Yang Buat Addicted!
Tiramisu adalah salah satu pencuci mulut Itali yang paling disukai ramai. Gabungan krim mascarpone yang lembut, biskut savoiardi yang disiram kopi, dan taburan serbuk koko menjadikan setiap suapan penuh rasa dan memuaskan hati. Di Lembah Klang, ramai yang mencari tempat terbaik untuk menikmati tiramisu sedap dan berkualiti.
Kalau anda penggemar tiramisu atau baru ingin mencuba, artikel ini akan kongsikan 10 kedai dan kafe di sekitar KL & PJ yang paling terkenal dengan tiramisu mereka. Dari tiramisu klasik hinggalah versi moden dan unik, semuanya ada dalam senarai ini. Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk cuba sendiri.
Setiap tempat dalam senarai ini turut kami sertakan maklumat penting seperti lokasi, waktu operasi, nombor telefon dan Instagram. Jadi, senang untuk anda plan lawatan dan nikmati pencuci mulut kegemaran ramai ini di sekitar Lembah Klang. Jom kita lihat mana satu tiramisu paling sedap yang patut anda cuba!
Tiramisu Sedap Patut Cuba Di Sekitar Lembah Klang
1. Yellow Brick Road, Bukit Damansara

Kredit foto: Instagram Yellow Brick Road
Yellow Brick Road terkenal dengan pencuci mulut yang sedap dan cantik. Tiramisu mereka rasa klasik, lembut dan cukup manis. Cukup sesuai untuk dessert selepas brunch. Tempat ini juga unik untuk sesi mengambil gambar Instagram.
Alamat: Kompleks Pejabat Damansara, Lot A-GF-03, 5th Place @ The Five No.49, Kompleks Pejabat Damansara, Jalan Dungun, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu buka: 8:30 pagi – 9:30 malam
Telefon: +619-270 0304
Instagram: @yellowbrickroadcafe
https://www.instagram.com/p/DE61OyhPDDT/
2. JINGS, USJ 4 Subang Jaya

Kredit foto: Instagram JINGS
JINGS kafe yang simple tapi cozy, famous dengan kopi dan dessert homemade. Tiramisu mereka agak ringan, tidak terlalu manis dan sesuai untuk yang tidak suka manisan berat. Mereka juga memakai bahan segar dan tanpa pengawet.
Alamat: 2a, Jalan USJ 4/6b, Usj 4, 47620 Subang Jaya, Selangor
Waktu buka: 8 pagi – 5.30 petang (Isnin – Khamis) | 8 pagi – 10 malam (Jumaat – Ahad)
Telefon: +6018-216 4083
Instagram: @jings.specialtycoffee
3. Tiramisu Sedap di Natalina Italian Kitchen

Kredit foto: Instagram Natalina Italian Kitchen
Kalau anda nak rasa tiramisu Itali sebenar, Natalina Italian Kitchen adalah tempat yang wajib anda kunjungi. Restoran ini terkenal dengan makanan Itali autentik termasuk tiramisu yang dibuat ikut resipi turun-temurun dari Itali. Tiramisu di sini sangat kaya dengan rasa kopi dan keju mascarpone yang lembut, disusun cantik dalam hidangan klasik. Ia dihidang sejuk dan sesuai sangat sebagai pencuci mulut selepas makan malam romantik.
Alamat: Avenue K, Lot 06 – Level 03, 156, Jln Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Waktu buka: 12 tengah hari – 10 malam (Setiap hari)
Telefon: +6012-673 3860
Instagram: @natalinaitalian
4. Lacher Patisserie, THE MET KL

Kredit foto: Instagram Lacher Patisserie
Lacher Patisserie merupakan sebuah kedai pastri mewah. Tiramisu mereka dibuat dengan bahan premium, rasa seimbang dan tekstur lembut. Disajikan dalam cawan cantik sesuai untuk yang suka dessert ala fine dining.
Alamat: LG 01-02, Menara The MET, Jalan Dutamas 2, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu buka: 9 pagi – 6 petang (Setiap hari)
Telefon: +603-7627 1202
Instagram: @lacherpatisserie
5. Tiramisu Sedap di Bienz, Wangsa Maju

Kredit foto: Instagram Bienz
Bienz adalah kafe moden yang menghidang tiramisu dengan rasa seimbang antara manis dan pahit. Ada hiasan unik seperti serbuk emas atau coklat cair. Sesuai untuk majlis istimewa atau lepak santai.
Alamat: G-3A SUNWAY AVILA AVENUE TAMAN SRI RAMPAI, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu buka: 12 tengah hari – 12 malam (kecuali Jumaat) | 3 petang – 1 pagi (Jumaat)
Telefon: +6017-953 1038
Instagram: @bienzkl
6. The Tokyo Restaurant

Kredit foto: Instagram The Tokyo Restaurant
Selain burnt cheesecake, tiramisu di sini juga cukup popular. Dengan sentuhan Jepun, rasanya ringan dan tekstur sangat lembut. Sesuai untuk yang suka dessert kurang manis.
Alamat: Level 4, LOT 10 SHOPPING CENTER, 50, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur
Waktu buka: 11 pagi – 11 malam (Kecuali Selasa) | 11 pagi – 9.30 malam (Selasa)
Telefon: +603-2119 2622
Instagram: @thetokyorestaurant
7. Tiramisu Sedap di Ignition Burgers & Pizza (The Exchange TRX)

Kredit foto: Instagram Ignitions Burger & Pizza
Di TRX, Ignition Burgers & Pizza mempunyai keunikan dalam menyiapkan pencuci mulut ini yang mana ia adalah yang pertama menghidangkan tiramisu drawer yang disimpan di dalam kotak laci sejuk stainless steel. Rasa mascarpone pekat, kopi espresso dan biskut disusun kemas. Menarik dan sangat Instagrammable!
Alamat: GS 21, ground level, The exchange TRX, Market lane, Persiaran TRX, Imbi, 55188 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu buka: 11 pagi – 10 malam (Setiap hari)
Telefon: +603-5612 8900
Instagram: @wehaveignition.kl
8. Doña Bakehouse, Kuala Lumpur

Kredit foto: Instagram Doña Bakehouse
Doña Bakehouse terkenal dengan pastri segar dan tiramisu lembut yang seimbang rasa manis dan pahit kopi. Suasana kafe santai dan sesuai untuk lepak minum kopi.
Alamat: L1-01, TSLAW TOWER, 39, Jalan Kamuning, Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu buka: 8.30 pagi – 9 malam (Buka setiap hari)
Instagram: @donabakehouse
9. Tiramisu Sedap di OGA Tea & Dining, Kuala Lumpur

Kredit foto: Instagram OGA Tea Dining
Kafe Jepun ini menghidangkan tiramisu matcha dan hojicha yang sedap. Gabungan rasa teh Jepun pahit dengan krim keju manis buat pencuci mulut ini unik dan menarik.
Alamat: 18 Jalan Kamuning, Off, Jln Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu buka: 11 pagi – 11 malam
Telefon: +6012-238 2285
Instagram: @ogateadining
10. Positano Risto, Publika Dutamas

Kredit foto: Positano Italian
Positano Risto ialah restoran Itali halal yang popular di Publika, dan tiramisu mereka memang antara yang terbaik di KL. Dihidang dalam bekas kaca, lapisan mascarpone dan biskut yang disiram espresso betul-betul seimbang – tak terlalu manis, tak terlalu pahit. Tiramisu di sini dihasilkan mengikut cara tradisional Itali dan sering mendapat pujian pelanggan setia mereka. Tempat makan juga selesa dan sesuai untuk makan bersama keluarga atau pasangan.
Alamat: Block C1, Lot 2, Level G3, Publika Shopping Gallery, 1, Jln Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu buka: 11 pagi – 10 malam (Setiap hari)
Telefon: +603-6411 3799
Instagram: @positanoristo_publika
Kalau anda penggemar tegar tiramisu, senarai ini wajib anda tandakan. Setiap lokasi menawarkan sesuatu yang unik dari rasa klasik yang memikat, hingga versi fusion yang menarik.
Artikel berkaitan: XO-Ice Aiskrim Diet Pilihan Team GLAM