Rihanna Kini Bergelar Billionaire - Glam Malaysia

Rihanna Kini Bergelar Billionaire

Rihanna kini secara rasmi bergelar billionaire dan pemuzik wanita paling kaya di dunia dengan kekayaan berjumlah US$ 1.7 billion keseluruhan, dan US$ 1.4 billion adalah daripada Fenty Beauty.

Dari muzik kepada empayar kecantikan, dia adalah antara bintang yang paling berpengaruh di dunia. Kini, Robyn ‘Rihanna’ Fenty secara rasminya bergelar seorang billionaire dan pemuzik wanita paling kaya di dunia dengan kekayaan berjumlah US$ 1.7 billion keseluruhan. Daripada kekayaan tersebut, US$ 1.4 billion adalah saumbangan daripada empayar kecantikannya, Fenty Beauty.

(Photo by Caroline McCredie/Getty Images for Fenty Beauty by Rihanna)

Menurut Forbes, Rihanna berada di belakang Oprah Winfrey yang kekal menjadi penghibur wanita paling kaya di dunia. Walaupun bintang pop berusia 33 tahun itu sudah lima tahun tidak mengeluarkan muzik baharu, dia terus menggandakan kekayaanya melalui bisnes kecantikan dan fesyen. Hampir keseluruhan hartanya datang daripada syarikat Fenty Beauty, yang dimilikinya sebanyak 50 peratus. Syarikat pakaian dalam, Savage x Fenty pula bernilai US$ 270 juta.

Bintang kelahiran Barbados itu melancarkan Fenty Beauty pada 2017 hasil Kerjasama 50-50 bersama syarikat gergasi fesyen dan kecantikan, LVMH. Ketika mula dilancarkan, label kecantikan global itu memberikan keuntungan sebanyak US$ 550 juta pada tahun pertama. Walau bagaimanapun, tidak semua bisnesnya berjaya. Label fesyen eksklusif, Fenty yang juga diasaskan bersama LVMH telah ditutup selepas hanya dua tahun beroperasi.

(Photo by Raymond Hall/GC Images)

Sehingga hari ini, billionaire terbaharu itu telah mempunyai lebih 250 juta muzik keseluruhan. Album terakhirnya, ‘Anti’ telah dilancarkan pada 2016 dan tiada muzik baharu sejak itu. Terbaharu, dia dilihat merakamkan muzik video bersama kekasihnya, A$AP Rocky di kota New York. Peminat pasti sudah tidak sabar menanti muzik baharu daripada Rihanna.

See also
Strangest Experienced At Good Vibes Festival

Foto: Getty Images

Title: Louis The Game: Permainan Video Baharu Louis Vuitton