Model, Alicia Amin Kini Bergelar Isteri - Glam Malaysia
Model, Alicia Amin Kini Bergelar Isteri

Model, Alicia Amin Kini Bergelar Isteri

Model dan pelakon, Alicia Amin selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya, Dr. Farzan dalam satu majis yang cukup ringkas semalam.

Majlis pernikahan itu diadakan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Alicia cukup bertuah kerana dinikahkan sendiri oleh bapanya, Raja Amin dan selamat bergelar isteri dengan sekali lafaz.

Alicia atau nama sebenarnya Raja Alicia mengumumkan berita gembira itu melalui satu hantaran di Instagram. Dia berkongsi sekeping foto yang menunjukkan dahinya dikucup sang suami dalam busana pengantin berserta kapsyen, “Hard Valentines gift to top @zan_far.”

Image result for alicia amin
Foto: Alicia Amin/Instagram

Peserta program realiti, Asia’s Next Top Model musim kelima itu tampil anggun dalam persalinan putih gading dari hujung kepala ke kaki rekaan pereka terkenal, Alia Bastamam. Penggayaan hijab pula oleh penata gaya, nazlivingastyle.

Khir Khalid, jurusolek ternama yang merias wajah Alicia pada hari bahagia tersebut juga berkongsi berita ini di Instagram miliknya menerusi satu foto. “Raja Alicia Amin nikah,” tulisnya. Khir turut memuat naik beberapa momen indah si ratu sehari di Instagram Story.

See also
5 Aktor Terkenal Yang Mewarisi Bakat Lakonan Bapa Mereka

Kata Alicia, dia bersyukur kerana majlisnya dipermudahkan dan berjalan lancar walaupun berlangsung dalam musim pandemik Covid-19.

“Saya rasa sangat bertuah dapat melangsungkan pernikahan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Persiapan kami memang singkat dan mujur dapat juga tarikh secepat mungkin.

“Kami belum ada perancangan untuk mengadakan sebarang resepsi selagi masih dalam tempoh PKP. Begitu juga perancangan bulan madu, tak terfikir lagi pun,” ujarnya.

Berita pernikahan ini mengundang perhatian netizen dan rakan-rakan selebriti yang tidak mahu melepaskan peluang menitip ucapan tahniah dan selamat menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri.

Antara selebriti yang meninggalkan komen ucapan termasuk Nadia Brian, Jasmine Suraya, Aiman Hakim Redza, Zahirah MacWilson, Lisa Surihani, Diana Danielle, Elizabeth Tan, Ain Edruce dan Nabila Razali.

Model yang dikenali dengan sifat lantang bersuara ini mula dikenali setelah terpilih untuk menyertai rancangan Asia’s Next top Model musim kelima pada 2017. Dia kemudian mencipta nama sebagai pelakon apabila ditawarkan watak dalam drama Meh Sandar Lagi pada tahun sama, di samping Mira Filzah dan Aliff Aziz.

See also
Ariana Grande Sah Bergelar Isteri Dalam Satu Majlis Intim

Sehingga kini, Alicia telah membintangi tiga lagi drama bersiri berjudul Alamatnya Cinta, Ren & Bo dan The Bridge musim kedua.

Foto: Biboaswan

Baca: ALICIA AMIN