Syifa Hadju & El Rumi Rasmi Bertunang, Terima Cincin Berlian 3 Karat!
Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup m...
Read Full BioPada 2 Oktober 2025, kisah cinta El Rumi dan Syifa Hadju melangkah ke fasa baru apabila El Rumi melamar Syifa di sebuah lokasi yang indah dan penuh makna di Lauterbrunnen, Switzerland, berhampiran Pergunungan Alpen, latar belakang yang selama ini menjadi impian Syifa untuk dikunjungi.
Hubungan mereka, yang telah berjalan selama kira-kira setahun sebelum itu, diraikan dua hari lalu dengan suasana romantis sebelum lamaran ini. Dalam sebuah hantaran di Instagram pada 4 Oktober 2025, Syifa mengumumkan bahawa dia telah berkata “ya” kepada El Rumi dalam momen yang dikira sebagai lamaran rasmi.
Gunung Alpen menjadi saksi cinta El & Syifa
El Rumi memilih cincin lamaran yang sangat istimewa iaitu sebuah cincin berlian solitaire daripada Sotheby’s yang menggabungkan elemen emas dan platinum, dengan potongan berlian jenis oval seberat 3.01 karat. Nilai cincin tersebut dianggarkan hampir USD 57,780, bersamaan dengan kira-kira RM243,500. Reka bentuk sederhana tetapi elegan, sesuai dengan imej Syifa yang lembut dan feminin.

Dalam foto-foto yang dimuat naik ke Instagram, El Rumi kelihatan memakai tuxedo hitam klasik, manakala Syifa Hadju menggayakan gaun putih panjang, rambut low bun, dan solekan yang lembut sekaligus mencerminkan suasana yang intim dan romantik. Pemandangan di sekitar mereka juga sangat menakjubkan dengan udara sejuk pergunungan, panorama semula jadi dengan latar salji dan gunung, menambah keindahan visual dan momen tersebut.
Selepas pengumuman itu, pelbagai reaksi yang penuh kasih sayang diterima daripada keluarga dan peminat membanjiri hantaran mereka. Turut mencuri perhatian, El Rumi meninggalkan komen pada hantaran Syifa dengan menulis “Hello, my fiancée,” yang menandakan pengumuman pertunangan mereka secara rasmi kepada umum.
Antara fakta menarik ialah perbezaan umur antara El Rumi dan Syifa Hadju hanya sekitar satu tahun. El Rumi dilahirkan pada 30 Mei 1999, manakala Syifa Hadju pada 13 Julai 2000 dan mereka kedua-duanya berasal dari Jakarta.
Lamaran ini bukan sahaja simbolik sebagai langkah seterusnya dalam hubungan mereka, tetapi ia juga mencerminkan komitmen yang mendalam. Ungkapan yang digunakan Syifa dalam caption Instagramnya — “In a place I’ve always dreamed of, I said yes to the one who’s always felt like home. Bismillah” menunjukkan bahawa momen itu bukan sekadar lamaran, tetapi juga seperti mimpi dan angan yang menjadi kenyataan.
Kini, dengan ikatan pertunangan yang telah terjalin, ramai yang menantikan berita lanjut seperti tarikh pernikahan dan persiapan majlis yang akan datang. Namun setakat ini, belum ada pengumuman rasmi tentang tarikh akad nikah. Tahniah diucapkan dari keluarga GLAM buat El Rumi dan Syifa Hadju!
Artikel Berkaitan: 4 Pasangan ‘Power Couple’ Curi Tumpuan di NYFW26
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
