Empat Personaliti Kongsi Pengalaman ‘Switch With Samsung Advantage’ - Glam Malaysia

Empat Personaliti Kongsi Pengalaman ‘Switch With Samsung Advantage’

Empat bintang media sosial berkongsi pengalaman dan elevasi ketenangan mereka selepas bertukar kepada Samsung Galaxy melalui filem pendek, “Switch With Samsung Advantage”.

Kita gemar mendengar pengalaman juga pandangan orang lain, lebih-lebih ketika membuat pilihan untuk bertukar kepada gajet terbaharu. Empat bintang media sosial lokal berkongsi pengalaman peribadi mereka selepas bertukar kepada telefon pintar Samsung Galaxy dengan pelancaran filem pendek berjudul “Switch With Samsung Advantage”.

Filem pendek eksklusif ini menampilkan empat personaliti yang popular melalui media sosial seperti Abby Asmaa (@abbyasmaa), Arinna Erin (@arinna.erin), Rafidah (@rafidaaaaaaaah) dan Serena (@serenavanillaa). Mereka berkongsi pengalaman serta testimonial mereka yang telah memberikan elevasi ketenangan selepas bertukar kepada telefon pintar Samsung Galaxy Z Flip3 5G terbaharu.

Melalui filem pendek itu, mereka berkongsi pengalaman mengenai Samsung Smart Switch untuk memindahkan data, dokumen, mesej, aplikasi serta banyak lagi dari gajet lama ke baharu dengan mudah dan pantas. Tambahan, ia turut menekan bagaimana One UI 4 membenarkan pengguna untuk menyuntikkan personaliti dan ekspresi masing-masing kepada telefon pintar baharu mereka.

See also
Integrasi Seni, Budaya & Teknologi: Samsung Mentransformasikan Semua House

Dengan Samsung Advantage juga, pengguna tidak perlu risau jika berlaku kemalangan kepada telefon pintar. Pelan perlindungan Samsung Care+ akan melindungi gajet anda jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini seperti terjatuh ataupun rosak selepas dimasuki air.Bukan itu sahaja, ia juga memudahkan pengguna untuk bertukar kepada telefon pintar Samsung Galaxy dengan Easy Instalment Plan. Selain rebat dan penjimatan, pengguna boleh mendapatkan telefon pintar terbaharu dengan pelan pembayaran yang berpatutan dan mudah, tanpa sebarang faedah tambahan.

Saksikan filem pendek “Switch With Samsung Advantage” di sini. Untuk mengetahui lebih banyak kelebihan serta keistimewaan yang hadir bersama Samsung Advantage, layari laman rasmi Samsung Malaysia.

Foto: Samsung Malaysia

Baca lebih lanjut: One&Only Desaru Coast – Destinasi Perkahwinan Moden Penuh Eksklusif