Devialet Gemini II, Peranti Nirwayar Generasi Ke-2 Harus Anda Miliki
Jenama audio mewah Perancis umum pelancaran produk terkini mereka iaitu Devialet Gemini II, menghadirkan putik audio nirwayar generasi kedua yang menawarkan pengalaman muzik terbaik buat pendengarnya.

Kualiti bunyi yang luar biasa, reka bentuk ergonomik mewah, terima kasih diucapkan kepada teknologi serba baharu Devialet Adaptive Noise Cancellation™ dan AWR (Active Wind Reduction)
yang direka khas buat putik audio generasi kedua ini. Bukan itu sahaja, reka bentuknya yang dinamik membolehkan ia dilaraskan mengikut rupa bentuk telinga dan memastikan pendengar menikmati muzik tanpa sebarang gangguan bunyi persekitaran.
Teknologi AWR (Active Wind Reduction) membantu mengehadkan impak angin semasa menggunakan putik audio ini, baik ketika menggunakan mikrofon atau di kala mendengar lagu. Berbicara tentang rekaannya pula yang cukup sleek, sesuai buat anda yang mengimpikan aksesori bergaya moden dan mewah. Sarung pengecasan yang nipis dan kecil membolehkan anda membawa dan menyimpannya di dalam beg mini atau poket saku dengan mudah.

Nikmati muzik tanpa gangguan pada tahap terbaik dengan adanya kemudahan ketersambungan dan kebolehgunaan yang telah dinaiktaraf oleh jenama ini dan dengan Bluetooth 5.2 membolehkan ia menyambung maksima dua peranti serentak dengan peralihan yang lebih lancar dan pantas.
Penambahbaikan turut dilakukan pada ketahanan air yang melepasi piawaian IPX4, penyesuaian kawalan sentuh baharu serta jangka hayat bateri yang luar biasa dengan 5 jam pada sekali cas juga 22 jam bersama sarung pengecasan. Dijual pada harga RM2,190 untuk Matte Black dan RM3,190 buat Iconic White. Kunjung butik Atlas Experience di The Gardens Mall untuk ketahui lebih lanjut.
Artikel Berkaitan
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pasangan Makin Dingin? Ini Cara Hangatkan Hubungan Semula
Pilihan Bacaan Seterusnya
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
