GLAM Weddings: El Rumi Sah Suami Buat Syifa Hadju
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioDi sebalik pintu tertutup Hotel Raffles Jakarta yang mewah, dua hati yang lama merindui kepastian akhirnya bersatu dalam sebuah ikrar yang abadi. El Rumi dan Syifa Hadju sah bergelar suami isteri.
El Rumi anak kedua legenda muzik Ahmad Dhani melafazkan ijab kabul dalam satu nafas, tepat di hadapan petugas KUA Kecamatan Setiabudi. Kata-kata itu bukan sekadar akad; ia adalah janji seorang lelaki kepada wanita yang telah mencuri separuh jiwanya. Majlis yang intim itu hanya disaksikan oleh mereka yang paling bererti termasuk ibu El Rumi, Maia Estianty, bersama suaminya Irwan Mussry, serta beberapa tokoh terkemuka negara. Tiada kemeriahan yang berlebihan, namun kehangatannya terasa sehingga ke sudut bilik yang paling senyap sekalipun.
Bukan sekadar logam mulia seberat 26 gram dan 4 gram, mahupun wang tunai 2,026 pound sterling yang dianggar bernilai sekitar Rp47 juta, mas kahwin yang dipilih El Rumi buat Syifa Hadju sarat dengan makna. Setiap angka, setiap gramnya, berbicara tentang kesetiaan seorang insan yang bersungguh-sungguh.
Perjalanan cinta mereka bukan berlaku dalam sekelip mata. Berputik pada Oktober 2024, ia berkembang perlahan seperti bunga yang menunggu musimnya. Lamaran berlangsung di Lauterbrunnen, Switzerland dan mereka bertunang secara rasmi pada 21 Januari 2026, sebelum majlis siraman dan pengajian pada 24 April 2026.
Di belah malam untuk majlis resepsi, Hotel Raffles kembali menjadi saksi dan kali ini buat resepsi yang meriah namun penuh romantis. Para tetamu disambut dengan kehangatan kehadiran penyanyi antarabangsa Brian McKnight sebagai kejutan istimewa malam tersebut. Alunan suaranya melengkapi atmosfera romantis yang sudah pun terasa sejak detik pertama. Dan mereka bakal mengadakan majlis resepsi kedua yang menyusul di Bali.
Artikel Berkaitan
Mengintai Kehalusan Gaun Perkahwinan Chanel Dua Lipa
Datin X: Datin Cari Model Sebagai Pemuas Nafsu
Sisi Mewah Longines La Dolce Vita
Keanggunan Eksotik ‘Toucan Paradise Bird’ Oleh Tiffany &...
Destinasi Perkahwinan Sekitar Malaysia Buat Hari Bahagiamu
GLAM Weddings: Mario Ho & Ming Xi
GLAM Weddings: Dua Lipa & Callum Turner
Pilihan Bacaan Seterusnya
Gaya Kimono Naomi Osaka Curi Tumpuan Di Wimbledon 2026
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Capri Season! Ketahui Cara-Cara Menggayakannya
Menjengah Gaya Musim Panas Kate Spade New York 2026
Siapa di Barisan Hadapan Acara Louis Vuitton Men’s SS27
Harry Styles Di Dalam Liga Fesyennya Yang Tersendiri
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.




