Tengku Natasya Adnan Meraih Keberkatan Ilahi Dengan Majlis Khatam Al-Quran
Perkahwinan antara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan Tengku Natasya Adnan mengukir sejarah dalam keluarga Diraja.
Pada 6 Oktober 2024, kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan bersama anakandanya Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah di Taman Duta. Di kesultanan Pahang (Instagram) telah berkongsi sebuah video yang menunjukkan Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan semalam.
Majlis Pengajian dan Siraman Penuh Kesyukuran & Keberkatan Tengku Natasya Puteri




Kredit: Moza Wahyu via Instagram
Raut wajah yang cukup berseri-seri, Tengku Natasya memukau hadirin dengan penampilannya cukup anggun dan manis dalam busana berona dusty pink, dilengkapi dengan selendang yang serasi diletakkan di atas kepala, memperlihatkan tema warna yang harmonis dan menawan buatnya.

Kredit: Moza Wahyu via Instagram

Suasana di acara Khatam Al-Quran yang bermakna ini dipenuhi dengan keberkatan dan kegembiraan. Turut berangkat bersama Tengku Natasya Adnan adalah YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidztullah, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Illisha Ameera, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Illyana, serta YHM Che Puan Panglima Puteri Hajjah Suraiya Afzan Dato’ Haji Mohammed Moiz. Kehadiran mereka menambah kemeriahan majlis, mencerminkan ikatan yang erat dalam keluarga diraja, sambil bersama-sama meraikan pencapaian yang penuh berkat.

Seterusnya, majlis siraman diadakan sebagai persiapan untuk Istiadat Perkahwinan Diraja pasangan ini. Melalui video di Instagram Kesultanan Pahang, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkenan hadir ke majlis tersebut, yang juga berlangsung di Taman Duta.


Tengku Muhammad kelihatan anggun mengenakan baju melayu putih dengan kalungan bunga melati, disiram dengan air siraman yang merupakan adat keturunan Jawa, yang menjadi latar belakang keluarga Tengku Natasya. Sementara itu, Tengku Natasya tampil menawan dalam persalinan Jawa, dengan rambut yang didandan rapi dan mengenakan kebaya lace hijau serta kain batik, menambahkan lagi keindahan suasana majlis.
Akhir kata, didengari istiadat perkahwinan Putera Diraja YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad dengan YM Tengku Natasya Puteri akan berlangsung pada 24, 25 dan 27 Oktober 2024. Istiadat perkahwinan Diraja ini bakal berlangsung di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang.
@editzzby_ah Replying to @azharazreen ni video min edit gabung ..Salah silap auto subtitles harap dmaafkan 🫶🏻🥲 Istiadat Perkahwinan Putera Diraja YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dengan YM Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan dijadualkan berlangsung pada 24 Oktober, 25 Oktober dan 27 Oktober 2024 di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang. #KESULTANANPAHANG #tengkumuhammad #tengkuarifbendahara #tabtna #tabtasya #pahangroyalfamily #royalpahang #royalpahangfamily
Artikel Berkaitan
Mengintai Kehalusan Gaun Perkahwinan Chanel Dua Lipa
Datin X: Datin Cari Model Sebagai Pemuas Nafsu
Sisi Mewah Longines La Dolce Vita
Keanggunan Eksotik ‘Toucan Paradise Bird’ Oleh Tiffany &...
Destinasi Perkahwinan Sekitar Malaysia Buat Hari Bahagiamu
GLAM Weddings: Mario Ho & Ming Xi
GLAM Weddings: Dua Lipa & Callum Turner
Pilihan Bacaan Seterusnya
Gaya Kimono Naomi Osaka Curi Tumpuan Di Wimbledon 2026
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Capri Season! Ketahui Cara-Cara Menggayakannya
Menjengah Gaya Musim Panas Kate Spade New York 2026
Siapa di Barisan Hadapan Acara Louis Vuitton Men’s SS27
Harry Styles Di Dalam Liga Fesyennya Yang Tersendiri
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
