Dior Holiday Story Koleksi Holiday 2023 Terbaik - Glam Malaysia
Dior Holiday Story Koleksi Holiday 2023 Terbaik

Dior Holiday Story Koleksi Holiday 2023 Terbaik

Dior Beauty kembali meraikan koleksi musim percutian kini berunsurkan momen ajaib di Taman Tuileries yang indah.

Dior Beauty Compact Powder

 

Pejam celik makin dekat tahun 2023 ke penghujungnya. Jenama kecantikan mewah, Dior Beauty menbawakan anda dunia imaginasi percutian di musim sejuk di tengah-tengah Paris sambil menikmati Taman Tuileries Diraja yang indah lagi mempesonakan. Untuk koleksi Holiday 2023, Dior mengambil inspirasi di taman ajaib ini sebagai pilihan yang ideal.

Menurut Peter Philips, Christian Dior mendapat inspirasi daripada taman, terutama Tuileris iaitu the oldest French-style garden in Paris. Sehingga hari ini, taman ajaib ini terus menjadi tumpuan City of Lights. Untuk koleksi Holiday 2023, bermulalah kisah dongeng Krismas yang diinspirasikan oleh suasan, seni bina dan taman bersejarah ini. Warna keemasan monumen Paris selaras dengan warna putih musim sejuk asli dan untuk koleksi ini setiap satunya punya elemen istimewa ini.

Pemerah pipi Dior Beauty

Tiada yang lebih membanggakan apabila meraikan musim percutian! Koleksi Holiday 2023 ini turut menyerlahkan pilihan warna untuk solekan mata lebih bersinar. Palet Diorshow 5 Couleurs yang diinspirasikan oleh Tuileries Gardens hadir dalam warna mewah. Motif musim ini, yang direka oleh artis Itali Pietro Ruffo, menghiasi setiap palet dengan sentuhan baroque.

See also
Dandanan Edgy Baharu Emma Roberts!

Suasana malam menyaksikan palet mata Night Walk menerokap tona keluli, perak, antrasit dan kelabu platinum serta sentuhan keemasan manakala palet mata Promenade Dorée yang berkilauan meminjam warna yang lebih hangat, amber, champagne dan gangsa dari laluan taman diraja. Keharmonian warna yang diilhamkan oleh City of Lights ini direka bentuk untuk mencipta kemewahan di musim percutian.

Dior beauty lipstik

Edisi terhad, Rouge Dior Forever Liquid didedahkan sebagai lebih mempesonakan dan inovatif berbanding sebelum ini. Dalam kemasan bersinar yang serba baharu, ia menggunakan warna matte ultra-pigmen. Selepas beberapa minit masa pengeringan, bibir dirapatkan dan keajaiban berlaku, memaparkan kemasan yang berkilauan. Formula kekal lama yang tidak akan hilang warnanya pada permukaan bibir  memberikan keselesaan yang mendalam dan seperti tidak menyalap gincu. Empat warnanya meraikan musim percutian seperti Rouge 999 yang legenda, Seductive, Rosewood dan Fascinating. Untuk mempertingkatkan warna, setiap rona baharu dicipta dengan gabungan halus mutiara yang dibuat mengikut ukuran dalam ton perak dan emas.

Istimewa buat penggumpul Rouge Dior Makeup Clutch! Kini ia hadir secara terhad dan diinspirasikan daripada bedak kompak vintaj Christian Dior. Sarung bujur ini direka dengan emas metalik bergerigi, dselangi dengan rona perak tanda Christian Dior. Clutch ini menempatkan tiga isian semula Rouge Dior dalam pilihan warna megah. Minaudière boleh disesuaikan dengan setiap mood, dan boleh dibawa ke mana-mana dengan mudah dan bergaya.

See also
Gaya Rambut Ponytail Ilham Selebriti

Dior beauty clutch

Selaras dengan musim ini, empat warna Rouge Dior memberi penghormatan kepada taman Paris yang terkenal, seperti Nude Look warna nude kontemporari, Icone untuk watna Rosewood yang intensif, Classic buat warna merah jambu pekat dan 999 merah legenda. Seperti mawar yang mekar di Tuileries, Rouge Blush menyerlahkan lagi warna koleksi Holiday ini dengan formula ultra-pigmennya, dan turut memaparkan nama Dior yang dibingkai oleh motif baroque. Warna pilihan GLAM seperti Precious Rose dan Splendid Rose meraikan bunga kegemaran rumah itu.

Buat anda yang menggemari bedak jenis kompak, Dior menampilkan Dior Forever Perfect Cushion edisi terhad yang dihiasi dengan sarung putih yang dicetak dengan reka bentuk baroque emas yang dicipta oleh Pietro Ruffo. Ianya sebagai penghormatan kepada kolam dan air pancut bersejarah di taman diraja Tuileries. Bedak kompak ini punya dua kemasan seperti matte bercahaya dan kilauan intensif. Bedak asas ini menyekatakan seri wajah untuk tekstur kulit yang kelihatan halus, dan memberikan rasa kesegaran serta penghidratan 24 jam.

See also
Millennial It-Girl: Micah Gianelli

Dior Beauty Holiday 2023

Tidak lengkap inspirasi koleksi Holiday 2023 Dior Beauty tanpa duta utamanya iaitu Anya Taylor-Joy. Yang berinspirasikan kala berada di Paris, pada waktu malam di taman Tuileries yang indah dan bersalji. Dalam solekan yang menakjubkan oleh Peter Philips, Anya Taylor-Joy meneroka taman abadi, di mana dia bertemu dengan bintang emas seperti yang ditemui oleh Christian Dior di Avenue Montaigne.

“Solekan dia mencerminkan siapa dirinya, semula jadi namun ditinggikan dengan sentuhan emas, dalam semangat pesona,”kata Peter Philips.

Pautan berkaitan Dior Mitzah Himpunkan Solekan Ikonik Pilihan Anya Taylor-Joy