5 Gaya Bintang India di Met Gala 2025 Pilihan GLAM

5 Gaya Bintang India di Met Gala 2025 Pilihan GLAM

Met Gala 2025 adalah milik mereka yang berani tampil unik, dan 5 bintang India pilihan GLAM ini berjaya meninggalkan impak besar di karpet merah tahun ini.

Tahun ini menyaksikan kehadiran paling ramai selebriti India dan berdarah India di Met Gala. Mereka tampil penuh gaya mengikut tema “Tailored For You”, dengan sentuhan peribadi yang mencerminkan identiti masing-masing.

Gaya Bintang India di Met Gala 2025

1. Shah Rukh Khan dalam Sabyasachi

Kredit foto: Getty Images

Buat pertama kali, Raja Bollywood ini menghadiri Met Gala! Beliau memilih sut hitam serba mewah dari Sabyasachi, lengkap dengan aksesori seperti rantai huruf “K”, tongkat, dan kaca mata gelap. Sememangnya bergaya habis!

2. Priyanka Chopra dalam Balmain

Kredit foto: Getty Images

Priyanka memukau dalam busana rekaan Balmain dengan potongan bahu tajam dan pinggang ramping. Paling menarik? Kalung zamrud dari Bvlgari seberat 241.06 karat iaitu yang terbesar pernah dibuat jenama itu!

3. Mona Patel dalam Thom Browne

Kredit foto: Getty Images

Usahawan Mona Patel mencuri tumpuan dengan rekaan unik Thom Browne yang ditemani anjing robot bernama Vector. Robot comel ini lengkap dengan tuxedo dan rantai berlian 1000 karat. Gaya futuristik yang penuh kejutan.

See also
Priyanka Chopra, Pelakon India Pertama Punya 50M Pengikut Di Instagram

4. Kiara Advani dalam Gaurav Gupta

Kredit foto: Getty Images

Meskipun sedang hamil, terserlah keserian Kiara ketika membuat penampilan sulung di Met Gala dengan gaun rekaan Gaurav Gupta. Bahagian dada diperbuat daripada ‘breastplate’ emas berbentuk dua hati, simbol ikatan antara ibu dan anak. Sangat indah dan bermakna.

5. Mindy Kaling dalam Harbison Studios

Kredit foto: Getty Images

Pelakon dan pelawak terkenal, Mindy Kaling memilih gaun hitam dengan kolar putih, butang emas besar dan sentuhan baldu merah daripada Harbison Studios. Tampak klasik, elegan dan penuh keyakinan.

Artikel Berkaitan: Segala yang Anda Perlu Tahu Mengenai Met Gala 2025