Lihat Gaya Santai Zahirah MacWilson Pilihan GLAM

Lihat Gaya Santai Zahirah MacWilson Pilihan GLAM

Zahirah MacWilson sememangnya wanita IT pilihan GLAM masa kini. Dikesempatan ini, kami ingin membongkar gerobok fesyennya dengan koleksi beg tangan stylish yang digaya sewaktu berlibur juga bersama keluarga! 

Sesiapa sahaja yang memandang Zahirah MacWilson ini, pasti terpukau dengan kecantikan juga personalitinya. Sangat lemah-lembut tatkala berbicara membuatkan dia amat disenangi teman sekelilingnya. Kami di GLAM turut terpikat dengan stail peribadinya yang cukup elegan dan stailish. Gaya fesyennya amat ‘in’ dan memiliki estetikanya yang tersendiri.

Ayuh GLAM kongsikan lima gaya peribadi wajah MOST GLAM 2023, Zahirah MacWilson, dalam menggayakan koleksi beg tangan dan paduan gaya busananya di kala off day bersama keluarga dan teman-temannya.

4 Beg Tangan Pilihan Zahirah MacWilson Kala Bergaya Santai

#1 Maje Miss M Leather Shoulder Bag

Memadu beg tangan rona hitam sepadan dengan busana melekap tubuh yang disarung Zahirah MacWilson ini mencerminkan gaya wanita classy chic dan di dalam pada masa yang sama punya suntikan moden. Beg tangan Miss M ini sememangnya sebuah beg tangan penuh statement. Dengan reka bentuk yang unik pada bahagian pemegangnya mencipta satu gaya estetika menarik sesuai buat generasi kini. Satu perkara yang kami gemarkan tentang Maje Miss M Leather shoulder bag yang digayakan oleh Zahirah ini adalah pada cara penggayaannya. Anda boleh menggayakan gaya secara cross-body dengan tali beg untuk mencipta satu gaya urban yang stailish atau tanpa tali untuk sentuhan gaya klasik seperti Zahirah.

See also
Valentino Un Château Haute Couture Show Livestream

 

#2 Ralph Lauren RL 888

Zahirah MacWilson

Siapa sahaja yang tidak tahu tentang beg tangan Ralph Lauren RL 888 ini. Reka bentuknya yang boxy bersama top-handle yang klasik dan hadir dalam pelbagai rona adalah antara beg tangan yang harus anda miliki hari ini. Seperti yang digayakan Zahirah MacWilson, dia yang sedang lagi bersantai di kafe hanya menggayakan top dan kardigan putih dan memilih untuk menggayakan beg tangan ini dalam rona ‘Gold’. Yang paling penting beg tangan ini sangatlah versatil. Baik anda ingin menggayakannya sewaktu bersantai mahupun berlibur malam sambil menyarungkan gaun koktel, Ralph Lauren RL 888 dengan logo initial RL yang ikonik ini adalah pilihan beg paling ideal!

 

#3 Zahirah MacWilson Menggayakan The Dior Toujours

Zahirah MacWilson

Koleksi ready-to-wear daripada rumah fesyen Dior buat musim Luruh Panas 2023 ini adalah antara koleksi beg tangan perlu anda miliki dan sesuai digayakan buat wanita yang punya selera estetika glamor. Reka bentuk yang elegan dengan siluet yang mewah mampu memberikan gaya timeless dan kontemporari dalam pada masa yang sama. Seperti Zahirah yang dilihat menyarung beg tangan ini dengan padanan look santainya mengenakan vest kait juga seluar hitam menjadikan keseluruhan penampilan tampak cukup cool.

 

See also
Sambut Hari Kekasih Bersama Louis Vuitton

#4 Louis Vuitton Pico GO-14 Malletage Leather

Zahirah MacWilson

Antara beg tangan yang sesuai dimiliki setiap wanita. Diperbuat daripada kulit kambing lembut dengan tatahan LV twist lock berona emas di bahagian pembuka beg, saiz beg tangan yang bersaiz mini ini memberikan rasa gaya elegan pada si pemakai. Walaupun hadir dalam rona hitam bersama paduan tali rantai rona emas, ia tetap boleh digayakan baik untuk acara santai ataupun ke acara formal dan liburan malam. Selain itu, ia boleh digayakan dengan sangkutan pada bahu ataupun disarung gaya cross-body. Lihat sahaja Zahirah yang menyarung dengan penuh chic bersama gaun kembang pendek dan but tinggi!

Sumber gambar: Instagram Zahirah MacWilson