Takashi Murakami Reka 11 Beg Buat Koleksi Artycapucines
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioTakashi Murakami reka 11 interpretasi beg Capucines ikonik Louis Vuitton dalam koleksi Artycapucines VII.
Dunia fesyen mewah sekali lagi disajikan dengan persembahan memukau hasil pertemuan dua entiti kreatif, Louis Vuitton dan Takashi Murakami. Melalui koleksi Artycapucines VII, artis Jepun tersohor ini menterjemah semula beg ikonik Capucines ke dalam 11 interpretasi yang menakjubkan, membuktikan bahawa seni dan kemahiran tukang boleh bersatu dalam satu pentas yang gah.

Dinamakan sempena Rue Neuve-des-Capucines, jalan di Paris tempat Louis Vuitton membuka kedai pertamanya pada 1854, beg Capucines telah menjadi medium ekspresi kepada 30 artis kontemporari sejak koleksi Artycapucines pertama pada 2019. Kini, babak ketujuh ini membuktikan keupayaan beg ikonik tersebut untuk mencetuskan kreativiti tanpa batas dalam citra gaya lebih eksentrik.

Dilahirkan di Tokyo, Murakami terkenal dengan gabungan unik seni lukisan tradisional Jepun, sci-fi, anime, dan watak-watak kawaii yang unik. Motif berulang dalam karyanya, termasuk ‘Colorful Monogram’ dalam 33 warna, Smiling Flower, Panda, dan Mushroom, kini menghiasi beg Capucines dengan penuh mewah.

Antara highlight buat koleksi ini ialah Capucines EW Rainbow yang mengambil bentuk motif Rainbow Flower ikonik Murakami. Capucines Mini Mushroom pula menampilkan 100 watak cendawan psikedelik yang digilap dan disulam tangan pada kanvas cermin perak. Tidak ketinggalan, Capucines EW Dragon yang luar biasa, hasil penstrukturan semula beg yang belum pernah terjadi, mereproduksi karya monumental Murakami, lukisan Dragon in Clouds Indigo Blue sepanjang 18 meter.

Capucines BB Golden Garden memancarkan keanggunan dan kecanggihan dengan marquetry kulit dan badan kulit bersalut daun emas yang bercahaya. Panda Clutch turut mencuri perhatian sebagai karya arca yang dibuat daripada loyang berwarna perak berkilat, dihiasi 6,300 strass yang dipasang dengan tangan, bukti komitmen Louis Vuitton terhadap kemahiran tukang yang tiada tandingan.

Kerjasama Murakami dengan Louis Vuitton bermula sejak koleksi Spring/Summer 2003, satu kolaborasi yang mendefinisikan era baru dalam fesyen mewah. Dari ‘Colorful Monogram’ hingga koleksi re-edition 2025, perkongsian ini terus berkembang dengan penuh makna. Kolaborasi ini membuktikan gandingan seni dan fesyen menjadi satu trend yang terus dipegang oleh Louis Vuitton dalam merayakan dunia kreatif mewah.
Artikel Berkaitan: Terokai Koleksi Edisi Semula Louis Vuitton x Takashi Murakami Yang Eksklusif
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
